"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jom berkorban dan kenduri rakyat untuk miskin Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Sempena Aidil Adha, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat akan mengadakan kenduri rakyat di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada hari raya ketiga.

Pengerusinya, Dr Siti Mariah Mahmood berkata, kali ini LKKPP akan menyediakan makanan masak untuk menjamu orang ramai di sekitar kawasan Pejabat Agung dan Lorong Haji Taib.

Program ini, kata beliau, dianjurkan agar golongan berpendapatan rendah yang tinggal dan bekerja di sekitar Pejabat Agung dapat menjalinkan hubungan serta mengenali PAS secara lebih dekat lagi.

Menurut beliau, kenduri rakyat itu juga terbuka kepada masyarakat bukan Islam dan bermula jam 12 tengahari, Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk melakukan ibadah kurban di mana daging tersebut akan dimasak untuk kenduri rakyat itu.

Juadah yang telah dimasak itu juga katanya akan diagihkan kepada penduduk dalam kawasan Parlimen Titiwangsa terutama masyarakat miskin bandar iaitu mereka yang tinggal di pangsapuri kos rendah.

Harga untuk satu bahagian lembu RM350 sahaja. Mereka yang berminat sila hubungi Haji Zainal 012-3590232 atau Raja Rozita 019-3575857.

Tarikh tutup penyertaan kurban perdana untuk mengadakan kenduri rakyat adalah pada 1 November ini.

Sementera itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut mengadakan kurban dan akikah bersama anak-anak yatim dan orang miskin di kawasannya.

Harga satu bahagian lembu RM350 manakala kambing RM600 seekor. Sesiapa yang berminat untuk melakukan kurban dan akikah di Rantau Panjang, sila hubungi Siti Zailah 019-9823942 dan Razali 019-9824983.

Mereka juga boleh menggunakan emel rayakurban@gmail.com atau wang boleh dimasukkan dalam akaun Mybank Berhad 553065005848 atau akaun Bank Islam Malaysia Berhad 03027010039774.

Tiada ulasan: