"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Peguam Anwar sedia pertahan kenyataan Dr Hoogland

Ahmad Fadli
KUALA LUMPUR 17 Okt: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pasukan peguam bela Anwar bersedia mempertahankan kenyataan pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland.

Ini kerana pakar tulang berkenaan yang merawat kecederaan Anwar pada 2004, mengesahkan Ketua Pembangkang itu masih mengalami sakit belakang dan tidak mampu secara fizikal melakukan aksi seks yang difitnah terhadapnya.
“Sudah tentu (kami sedia pertahankan kenyataan Dr Hoogland),” kata Sankara melalui kiriman pesanan ringkas kepada Keadilandaily.
Sankara menyatakan perkara tersebut sewaktu ditanya sama ada pasukan peguam bela bersedia untuk berhadapan dengan saksi-saksi bidasan (rebuttal witness) yang akan dikemukakan pendakwa raya kelak.
Beliau juga menyifatkan permohonan itu sebagai sesuatu yang amat jarang berlaku dalam mana-mana perbicaraan kerana pendakwa raya sepatutnya sudah selesai mengemukakan saksi mereka sewaktu sesi soal balas pendakwa raya lagi.
“Ia amat jarang (perkara ini berlaku),” kata Sankara.
Keterangan Dr Hoogland yang merupakan saksi pembelaan sebelum ini akan dicabar empat saksi bidasan (rebuttal witness) yang akan dikemukakan oleh pendakwa raya.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden membuat permohonan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi tadi.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan itu dan beliau akan mendengar permohonan itu pagi esok.
Seandainya dibenarkan, pendakwa raya akan mengemukakan empat saksi untuk mencabar bukti dan keterangan Dr Hoogland sebelum ini.

Tiada ulasan: