"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masuk PAS : Bukan Mahukan Kemuliaan – Bob Lokman

Ibn_bacoks

PONTIAN: Bagi Selebriti dan Penulis lirik terkenal Abdul Hakim Lokman menegaskan bahawa penggabungan diri kepada gerakan Islam PAS bukan untuk mendapatkan kemuliaan.



Disamping itu jelasnya, perjuangan yang menjanjikan kemewahan dan kenikmatan, tidak mampu bertahan lama malah penjawatnya akan menjadi lemah.

”Bila masuk PAS, inilah benteng terakhir. Berjuang bukan kerana kemuliaan.

”Berjuang untuk dapatkan kemewahan, dia lemah. Elakkan lah (mencari) yang cantik (tiada ujian) dan indah.” jelasnya lagi yang tidak henti-henti berceramah sejak mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS pada 19 februari lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Bob Lokman itu turut menjelaskan bahawa PAS adalah satu-satunya jemaah yang menjadi pilihannya kerana tegas menegakkan perkara makruf dan berani mencegah kemungkaran.

Sedangkan katanya pemerintah yang mendiami bumi Tuhan kebanyakannya telah dihinggapi penyakit ‘takabur’ menatijahkan pelbagai kerosakan hati budi dan keyakinan.

”Bumi Tuhan dikuasai oleh kuasa yang takabbur. Oleh itu saya cari kumpulan yang bagaimana boleh bagi kesedaran.

”Banyak kumpulan. Ada jemaah yang hanya buat makruf, tidak mahu cegah mungkar. PAS memenuhi ciri tegak yang makruf, cegah yang mungkar.

”Oleh yang demikian, bagi saya, nak suruh orang buat baik kena ada kuasa. Macam bapa suruh anak solat. Anak akan solat sebab takutkan bapa. Bapa ada kuasa.” ujarnya yang dahagakan ilmu sejak tahun 2007 lagi.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 200 jemputan pada majlis Hi tea Bersama Selebriti Terkenal Bob Lokman di perkarangan Markas Cawangan Ayer Baloi, Pontian, dekat sini, semalam.

Sementara itu beliau dilaporkan berkata persepsi orang bukan Islam terhadap Islam amat mendukacitakan kerana terpengaruh dengan pembawakan nilai dan cara UMNO menjaga kemuliannya.

Dalam pada itu, dakwanya quran turut dibaca oleh kebanyakan orang namun kefahamannya tidak menepati apa yang dikehendaki dari isi kandungannya.

”Hari ini kita baca Quran tapi tak faham hingga orang kafirpun tak tahu dimana Islam itu baik. Kerana dulu tengok Islam (hanya) pada UMNO.” terangnya yang juga pemilik kepada 350 buah lirik lagu yang dikarangnya sebelum ini.

Turut hadir Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Hj. Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua PAS Pomtian merangkap bakal calon PAS DUN Pulai Sebatang, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut./Selatanonline

Tiada ulasan: