"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS T’ganu sudah hantar senarai calon

PETALING JAYA: PAS Terengganu sudah menghantar senarai calon kepada ibu pejabat parti untuk pilihan raya umum ke 13, kata Pesuruhjaya Negeri, Abdul Wahid Endut.
Ketika dihubungi FMT hari ini beliau berkata, termasuk dalam senarai itu ialah calon-calon muda dan baru tetapi berpotensi untuk menang.

“Senarai calon itu dicadangkan oleh negeri, cawangan dan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing dihantar kepada Majlis Syura untuk kelulusan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata ia adalah senarai awal dan nama itu mungkin berubah mengikut keperluan dan kesesuaian.

Mengenai muka baru atau calon muda, Abdul Wahid enggan menyatakan jumlah sebenar senarai calon yang dihantar ke Majlis Syura itu.

Beliau juga memberitahu calon PAS yang kalah dalam pilihan raya umum lalu dicalonkan semula kali ini jika nama mereka termasuk dalam cadangan PAS cawangan, kawasan, Dun atau PAS negeri.

Populariti calon

Abdul Wahid berkata, walau pun PAS Pusat menetapkan setiap Dun menghantar tiga nama tetapi ada juga yang menghantar lima hingga enam nama.

“Kriteria pemilihan calon biasanya berdasarkan populariti d kalangan masyarakat. Kalau calon di peringkat setempat, lebih kepada, dari segi populariti calon itu sendiri dengan masyarakat di peringkat Dun dan cawangan.

“Kita mahu yang aktif dan berdampingan dengan masyarakat pada setiap hari,” tambah beliau.

Sabtu lalu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS akan meneliti bakal calon untuk pilihan.

Tiada ulasan: