"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Allah - Umno - Muhammad : Ini songkok apa?

Ameno World
Sorry geng, ada benda yang aku nak share supaya korang pun sama confuse cam aku gak. Lihat gambar di atas neh. Apa benda yang cuba ditonjolkan menerusi songkok neh? Aku sendiri agak keconfusesan selepas admin kbsb [rakan admin] bagi link neh kat aku. Hermm.. aku fikir.. fikir dan fikir. Tapi tidak temui jawapannya. Dan aku masih fikir fikir dan fikir.. dan tatau lah sampai bila nak berhenti fikir.. muahahaha
Yang sebenarnya ada dua benda yang confusekan aku.

1. Motif letak kalimah Allah swt dan Muhammad dalam songkok. Bila ko pakai songkok tue.. dia jadi terlindung dan tertutup..so apa ek motifnya berbuat demikian? Oleh kerana aku tak pakai songkok jadi aku tanya lah sebab nak tahu. Bagi aku benda neh siyes cakap.. rare. Belum pernah lagi aku jumpa songkok2 macam neh.

2. Meletakkan umno di tengah2 Allah SWT dan Muhammad SAW.. yang neh lagi aku pelik. Selalunya yang aku tahu kalimah Allah SWT Muhammad SAW.. biasa larh bersebelahan antara satu sama lain. Tapi yang neh dia meletakkan umno di tengah2 bagi mengambarkan bahawa umno = kalimah suci.. ye ke?

Kalau aku salah faham aku minta maaf. Tapi bagi pandangan aku, cara neh tidak boleh diteruskan. Dari segi hukum aku tatau. Tapi benda neh siyes.. ia dilihat tidak patut dibolehkan. Sebab.. ko lihatlah sendiri di atas.. boleh ka? Minta tolong ubah strategi larh. Aku faham korang nak bodek umno tapi ada banyak lagi cara yang boleh digunapakai tanpa menimbulkan apa2 kontroversi. Benda neh kemon larh.. songkok beb.

Pasti kah songkok tue tidak akan ditendang2, diletakkan merata2 dan sebagainya? Benda elok jadi tak elok plak last2. Jadi orang islam, yang penting bukan menzahirkan kalimah Allah swt di mana2 sebagai perhiasan ka apa ka, yang penting ialah amalan dan akidah kita. Allah swt lebih tahu iman kita. Dan Allah swt tidak perlukan songkok yang tertera kalimah Allah swt bagi mengetahui iman kita. Sekian.

Updated!

Beb.. harga songkok neh rm800 ? Biar betul? Orang bodoh mana yang sanggup beli songkok semahal neh? Ka metro salah tulis harga? Lihat bawah neh beb ;
Gila arh kalau betul harga dia rm800 se. Niat pakai songkok sebab nak beribadat alih2 jadi pembaziran amalan rosmah.. erkk silap amalan syaitan.. buang duit seme neh weh.. buang duit..


kah kah kah

Ameno : Banyak lagi kaedah lain weh peniaga..

Tiada ulasan: