"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr Haron Din

Shahmuzir
Kisah Dato’ Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang. Ketika saya belajar di UKM pada tahun 1995-1999, kisah ini selalu dijadikan buah mulut para penceramah agama, apatah lagi peristiwa tersebut dikatakan berlaku di sebuah fakulti di UKM dan dekat pula dengan kamsis tempat saya tinggal.

Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini. Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada ramai. Berikut adalah penjelasan Dato’ Dr. Haron Din tentang kisah tersebut:
“Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu.” – Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Semoga dengan penjelasan ini, masyarakat yang mengagumi dan menyayangi Dato’ Dr. Haron Din tidak lagi menggunakan kisah tersebut untuk dijadikan modal ceramah dan perbualan. Berpada-padalah dalam mengagumi manusia selain Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Dan buat sebahagian ahli masyarakat yang tidak menyenangi beliau, harapnya penjelasan ini memberhentikan tohmahan dan kutukan berkaitan kisah ini. Semoga kalian dapat mempelajari pengajaran bahawa memeriksa sesebuah cerita itu dari tuan punya badan adalah penting sebelum kalian ingin membantai dan mengkritik.

Tiada ulasan: