"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lega selepas bunuh suami!

PADA pagi yang indah, sebaik terjaga daripada tidur, seorang wanita berusia 72 tahun terus ke halaman dan mengambil kapak yang tersandar di dinding, masuk balik dan menetak dahi suaminya yang masih lena dua kali. Dia membunuh suami yang dikahwininya selama 50 tahun.

“Selepas itu saya mandi, pakai baju cantik, ambil ubat dan pergi ke balai polis untuk buat aduan,” kata wanita bertubuh kecil dan berambut pendek itu, mengimbas semula kejadian maut pada Mac 2008.
Dia kini dipenjarakan di satu-satunya penjara khas wanita di Serbia yang dibina pada 1874 di timur bandar Pozarevac dan hanya mahu dikenali sebagai Milica (nama samaran) bagi melindungi keluarganya.

Punca utama dia bertindak nekad membunuh suaminya ialah kerana sudah tidak tahan dengan penderaan yang dialami apabila dia dipukul dan diseksa selama berpuluh tahun.

“Saya sudah tidak boleh bersabar. Sama ada dia atau saya yang mati. Saya tahu ia salah tapi sudah terlewat. Saya menyesal,” katanya berbisik sambil mengalirkan air mata.
-hmetro-

Tiada ulasan: