"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Petugas bas Transjakarta gigit penumpang?

JAKARTA: Sebuah syarikat perkhidmatan bas di sini Isnin akan menyiasat satu laporan bahawa seorang petugasnya telah menggigit jari seorang penumpang sehingga carik.

Ketua Badan Layanan Umum Transjakarta, M. Akbar berkata, syarikat itu ingin mengetahui daripada petugas terbabit apa yang sebenarnya telah berlaku semasa kejadian pada Sabtu malam itu.

Syarikat itu menyesal berlakunya kejadian itu dan telah mengenal pasti petugas yang dikatakan melakukan perbuatan itu, katanya seperti yang dipetik harian Kompas, hari ini.

Laporan itu menyebut seorang penumpang bernama Yohanes Sulung Hasiando, 27, telah melaporkan kepada polis bahawa dia digigit jarinya oleh petugas berkenaan berikutan satu pertengkaran.

Pertengkaran itu dikatakan berpunca daripada tindakan Yohanes yang beberapa kali bertanya kepada petugas itu mengenai tempat-tempat laluan bas itu kerana tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya sebelum itu.
-Bernama-

Tiada ulasan: