Mohd Sayuti Omar
NAIB Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak terkecuali turut sama menghentam pembangkang (Pas) semasa dia telah mendedahkan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor tidak disenangi oleh kalangan pegawai kerajaan.
Dakwanya dalam satu kajian bebas terhadap sejauh mana sikap pegawai kerajaan terhadap kerajaan PKR Selangor menunjukkan 76.3 peratus pegawai yang kecewa dengan kerajaan Selangor, sebanyak 65.6 peratus yang tidak suka dan 60.6 menganggap kerajaan Selangor tidak melakukan apa-apa perubahan.
Dakwa Zaihid kajian itu dibuat atas arahan Pas.
Ternyata sesetengah para perwakilan terngangga mulut mendengar pendedahan itu tetapi ada juga yang tidak pun terkejut. Zahid nampaknya mencari idea dan bahan murahan untuk dijadikan modal penggulungan beliau untuk populerkan dirinya.
Apa yang hendak ditonjolkkan Zahid bahawa dia mendapat rahsia Pas. Dia mahu tunjukkan kehebatan kepada perwakilan bahawa dia dapat 'menyantau' segala maklumat pihak lawan. Bagaimana pun ada beberapa perkara yang boleh dipertikaikan sejauh manakah kebenaran maklumat yang didedahkan itu.
Saya menghubungi Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Rani Osman untuk mengetahui apakah Pas ada mengarah mana-mana badan bebas untuk membuat soal selidik berhubung kredibiliti kerajaan PKR Selangor seperti didakwa Zahid itu.
Kata Rani menerusi SMS, "Ana di Sarawak ana dengar ucapan tu di TV3 semalam. Namun bila ana sms pada semua pemimpin Pas Pusat dan negeri Selangor nobody seems to be aware of any such research carried out by Pas. Tak betul kok dakwaan tersebut walahualam. Zahid kena bagi bukti dulu."
Begitulah jawaban Dr Rani. Jelas bahawa dakwaan Zahid itu tidak betul dan rekaan semata-mata. Tampak sangat Zahid mereka cerita untuk menunjukkan dia hebat di kalangan perwakilan dan memiliki segala maklumat. Saya rasa kalau tidak berbohong dan mereka-reka cerita pun Zahid tetap mendapat sokongan kerana kehebatan PRnya. Sebaliknya dengan pendedahan itu menjadikan orang boleh mencemuhinya kerana ia ada unsur-unsur angkat ekor Ha Najib.
Tujuan poendedahan itu juga bermotif jahat untuk melaga-lagakan pegawai kerajaan dengan PKR dan PKR dengan Pas. Kalau Zahid tidak berniat jahat dia tidak akan sebut nama Pas yang membuat arahan tersebut. Tetapi disebut Pas ia memberi gambaran Pas juga kurang senang dengan kerajaan PKR Selangor itu. Dari itu orang akan memahami Pas ada agenda di Selangor.
Dan kalau benar ada arahan dari Pas seperti disebut itu saya dapat mengesan dan mengenali siapakah tokoh Pas yang menjalankan kerja songsang begitu.
Mungkin Pas Selangor atau Pas pusat bokeh mengambil tindakan undang-undang ke atas pembohongan Zahid itu. Akhir-akhir ini Naib Presiden ini lancang juga mengkritik dan menyinggung kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
Kenapa mungtkin beliau Zahid juga sedang menghisab ajal Umno.
Bila mengenangkan betapa naifnya para perwakilkan Umno yang mengambil bahagian dalam perbahasan saya kira Zahid terkecuali dari termasuk dalam kumpulan ahli lawak dan berlawak, tetapi nampaknya tanggapan itu salah. Apabila Zahid mendedahkan maklumat palsu itu menampakkan Zahid juga memberi buah 'berangan' panas kepada Ha Najib.
Mungkin Zahid terpaksa mereka cerita dan sanggup membohong dan melaga-laga pemimpin PR kerana dia juga sudah dapat mengagak jangka hayat Umno sudah tidak berapa panjang lagi.
Namun saya yakin orang PKR dan Pas tidak akan mudah termakan dengan fitnah Zahid itu walaupun ada beberapa orang wakil rakyat Pas sedia untuk mengambil wang Zahid atau meminta peruntukan untuk beli lembu pada raya korban lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan