"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Protes AUKU: 15 siswa ditahan di KL Sentral


Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis dalam perhimpunan flashmob di KL Sental dekat ibu negara bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa makin dikekang kerajaan.


Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.

student flashmob at kl central 141211 06
Mereka menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.

Walaupun dikelilingi kira-kira 25 polis yang mahu mereka bersurai, kumpulan itu bagaimanapun tidak menghiraukannya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: