"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Top Betol Ustaz Nieh...Ceramah Penuh Sesak Dengan Hadirin....

siasahkini

Semalam, dalam hujan yang lebat, saya redah jua untuk ke Surau Taman Meru 2B, Jelapang bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu. Ustaz Azhar yang popular melalui ceramah-ceramahnya yang disiarkan di laman youtube payah untuk diikuti kuliahnya di Ipoh ini.

Kehadiran orang ramai yang ingin mendengar ceramah Ustaz Azhar secara 'live' menjadikan Surau Taman Meru 2B ini penuh sesak. Dimulakan sebaik selesai solat Maghrib, Ustaz Azhar menyampaikan ceramahnya sehingga jam 10.30 malam.
Ustaz Azhan Ishak, Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa (sebagai penganjur) memberikan sepatah dua kata sebelum ceramah bermula
Bersesak-sesak duduk bersila dicelahan orang ramai
Penuh sesak segenap ruang dalam surau
Bahagian belakang juga penuh
Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliahnya dengan gaya tersendiri, diselangi dengan gurauan yang membuatkan hadirin semua tidak kering gusi (walaupun banyak kali terkena batang hidung sendiri)
Pihak surau menyediakan khemah dan tayangan live diluar tetapi ramai yang lebih berminat untuk melihat Ustaz Azhar secara live

Sebelum memasuki sesi menjawab soalan, pihak penganjur iaitu Pusat Motivasi At-Taqwa telah menayangkan video mengenai kegiatan mereka di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah

Pelbagai soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar secara bertulis, dijawab oleh beliau dengan tanpa merujuk kepada apa-apa buku ataupun kitab, 'direct to the point' berdasarkan al-Quran, hadis dan pandangan ulama

Saya sempat menyelitkan diri dicelahan orang ramai untuk bergambar bersama Ustaz Azhar Idrus selepas selesai ceramah

2 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

memang top pun, dia turun KL, sampai jem jalan sana..hehe.udah la KL tu jem da...hehe.sambutan anak2 muda ramai =)

iswara berkata...

Syukur Alhamdulillah .
ust paling top sempat juga berkuliyah di surau kampung saya Iaitu di Felda Bukit Bading,Terengganu .Sudah hampir 7 tahun berkuliyah di sana.tapi yang peliknya ada masjid kerajaan di Trg ini tidak memberi beliau laluan berkuliyah dan masjid negeri di kuantan,Pahang tiada sekatan.