"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jika Raja Bayangan Allah,Mufti Bayangan Syaitan?

ramziredang 
Jika harussani berani berkata secara ringkas bahawa raja adalah bayangan Allah di muka bumi ini,tanpa ada bacaan hadis dan sanadnya dari sesiapa,tanpa ada penerangan raja yang sepertimana yang dimaksudkan,maka adakah boleh dikatakan ulama adalah bayangan syaitan di muka bumi ini?
Sepertimana sebuah hadis mengatakan sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit adalah ulama? Kata kata ini bersandarkan sebuah hadis yang diriwayatkah oleh al baihaqi yang disampaikan oleh Saidina Ali karromallahu wjh.

Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:“sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada di bawah naugan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.(hadis riwayat baihaqi)

Fitnah di atas boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran,boleh ditafsirkan sebagai kerosakan,dosa,huru hara,kejahatan,hasad dengki,kelalaian, perpecahan umat atau mungkin pelanggaran hukum yang memang telah dilarang oleh Allah s.w.t. Juga boleh ditafsirkan sebagai satu gambaran yang salah terhadap sesuatu yang betul, atau sebaliknya. Itulah fitnah.
Yang anehnya seperti yang dimaksudkan di dalam hadis, semua fitnah itu datang dari perbuatan ulama.

Ulama

Hadis di atas hanya menyebut 'ulama' adalah sejahat jahat makhluk tanpa ada disebutkan secara ringkas ulama yang macamana. Cuma ayat sebelumnya menyebut 'masjid masjid tersergam indah tetapi kosong dari hidayah'. Yang menggambarkan betapa gagalnya ulama yang dimaksudkan oleh hadis ini, dalam membawa umat islam mengisi ruang masjid dan betapa pincangnya tugas ulama ini, ia membiarkan aqidah umat tergelincir dari hidayah.



Tugas seseorang ulama atau mufti adalah sentiasa mengeluarkan umat dari kegelapan. Mengelakkan umat dari perkara yang meragukan kepada perkara yang jelas. Menjawab kegelisahan kepada sesuatu kepada yang mendamaikan hati. Memberi amaran pula kepada yang selalu lupa kepada amaran Allah.

Raja.

Jika benar raja adalah bayangan Allah di muka bumi, sekadar seringkas itu patut difahami, maka alangkah beruntungnya maharaja jepun dan alangkah gembiranya raja siam. Ratu Elizabeth dan putera william boleh juga boleh menumpang gembira.

Juga alangkah betapa besarnya tanggungjawab orang islam di sana untuk taat kepada bayangan Allah ini.


Syaitan

Semua orang tahu bahawa syaitan atau iblis adalah sejahat jahat makhluk di muka bumi ini dan syaitan ini sudah tidak dibenarkan untuk naik ke langit lagi. Syaitan adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit ini.

Tetapi kenapa hadis ini menyatakan ulama adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit? Kenapa tidak disebut syaitan adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit? Kerana seperti mana ulama, Iblis adalah berasal dari malaikat yang alim. Nama asalnya adalah azazil. Kealimannya dan betapa kuatnya ia beribadat hinggakan dia diangkat menjadi guru kepada sekalian malaikat. Dia diusir kerana rasa bongkak dan lupa kepada tugas 'keikhlasan' sebenar sebagai seorang hamba terhadap khaliknya.

Rumusan

Jika 'raja adalah bayangan Allah di muka bumi', di mana pula salahnya 'ulama adalah bayangan syaitan di muka bumi'?, berpandukan hadis di atas.

1 ulasan:

kampong lad berkata...

anjing dgn bayang2 ada la