BUTTERWORTH: Seorang pelajar tingkatan lima mendakwa dikasari dua anggota polis sehingga mengalami keretakan pada bahu kanan dalam satu kejadian di sebuah pasar raya di Bertam Perdana 3, dekat sini pada 11 Februari lepas.
Abang pelajar itu, Ahmad Fuad Mohd Nordin, 33, berkata kejadian itu berlaku ketika adiknya Ahmad Faiz,17, bersama seorang lagi adiknya, Ahmad Firdaus,14, hendak membeli santan di sebuah pasar raya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
"Ketika Ahmad Faiz sedang memilih barang di pasar raya berkenaan tiba-tiba seorang lelaki berpakaian berbaju T gelap dan berseluar panjang menengking ke arahnya dan meminta dia keluar.
"Adik saya yang terkejut dengan kejadian itu tidak keluar sebaliknya terus berada dalam pasar raya berkenaan kerana tidak mengenali lelaki itu,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat peguam bela dan peguam cara Rosidi Mustafa & Haaryzan di Pusat Perniagaan Sunway,di sini, hari ini.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan