"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami Tusuk Bini Muda Akan Jadi Calon Umno?

Mohd Sayuti Omar
http://travelmalaysiaguide.com/images/kelantan-gate.jpg
Umno Kelantan dikatakan akan menurunkan bekas Exco Kerajaan Kelantan era 80-an untuk dicalonkan di salah satu kerusi Parlimen di negeri itu. Exco berkenaan yang kini sudah menjangkau usia lebih 60 tahun terpaksa diturunkan kerana Umno ketiadaan tokoh untuk didepani dengan calon Pas yang sudah tiga penggal memenangi kerusi berkenaan.


Apakah pemilihan veteran Umno yang bersongkok dan bermisai keras tanpa janggut itu tepat? Dan siapakah yang telah memberi idea kepada Umno Bahagian berkenaan untuk 'menagang' semula bekas Exco berkenaan untuk jadi wakil rakyat?

Mungkin Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tidak mengetahui latar belakang individu berkenaan ini kerana sewaktu tokoh itu terkenal dan popular di Kelantan Mustapa masih lagi menuntut di Australia atau ketika itu beliau sedang berkhidmat sebagai Pegawai Diplomat di Jabatan Perdana Menteri?

Tokoh berkenaan yang mendapat sokongan padu salah seorang veteran Umno yang seusia dengan beliau di bahagian itu dikatakan sudah mulai turun padang menghadiri majlis pemberian wang rakyat RM500 kepada rakyat. Sekurang-kurang satu majlis disediakan untuk veteran itu mengaktifkan semula diri di bahagian itu.

Seorang penggerak Ngo pro Umno dari Kuala Lumpur yang ada hubungan kekeluarga dengan veteran itu juga turut sama turun membantu - memprojekkan ahli veteran berkenaan.

Apakah Umno benar berhajat untuk mencalonkan berkenaan atau sekadar untuk test merket? Kalau Umno mencalonkan tokoh itu dikira satu kesilapan Umno Kelantan. Tokoh itu memang kelihatan waruk dan berimejkan Islam dan sesuai dengan budaya dan kehendak orang Kelantan.

Bagaimana pun satu masalah yang mungkin menghalang veteran berkenaan ialah mengenai alam rumah tangganya. Beliau yang berkahwin dua secara senyap dan kini mempunyai beberapa anak bakal menjadi masalah kepadanya dan Umno jika menjadi calon. Ini kerana perkahwinan yang halal itu masih belum diketahui oleh isteri pertamanya.

Isteri kedua veteran itu ditempatkan di sebuah kondominum yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur. Adalah baik sebelum veteran berkenaan benar-benar diturunkan, Mustapa Mohamad atau Umno Kelantan menjalankan siasatan sejauh mana status perkahwinan senyap veteran itu sudah diselesiakan.

Sekiranya poligami yang disembunyikan itu telah selesai, maksudnya telah diketahui isteri tua ia tidak menjadi masalah. Apa dibimbangi kalau tidak selesai, isu perkahwinan itu nanti akan terbongkar sebaik saja veteran itu menyerahkan borang pencalonan. Jika ini berlaku sudah tentu calon berkenaan akan menjadi liabiliti kepada Umno seluruhnya

Tiada ulasan: