PESAWAT berkuasa solar, Solar Impulse berlepas dari Payerne, Switzerland kelmarin.- AFP
MADRID, Sepanyol: Pesawat berkuasa suria Switzerland, Solar Impulse selamat mendarat di sini semalam sekali gus menamatkan peringkat pertama misi penerbangan rentas benua tanpa menggunakan bahan api.
Juruterbang, Andre Borschberg menerbangkan Solar Impulse dari sebuah lapangan terbang kecil di Payerne, barat Switzerland sekitar pukul 8.30 pagi (waktu Swiitzerland) kelmarin.
Pesawat berkenaan berlepas ke bandar Rabat, Mahgribi melalui bandar raya ini dalam perjalanan sejauh 2, 500 kilometer.
Penerbangan kali ini adalah yang terjauh buat Solar Eclipse selepas pesawat tersebut terbang ke Paris dan Brussels pada tahun lalu.
"Penerbangan ini berjalan dengan lancar dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan ahli meteorologi yang banyak membantu kami," kata Borschberg.
Solar Impulse memiliki sayap panjang seperti pesawat komersial jarak jauh dengan berat menyamai sebuah kereta.
Pesawat berkenaan memiliki 12,000 sel solar bagi menjana empat enjin elektrik.
Kapal terbang berteknologi tinggi ini dijadual terbang mengelilingi dunia pada 2014.
-AFP/kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan