Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Pemimpin Melayu dalam DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim keluar parti kerana beliau gagal mengubah ideologi parti selaras dengan kehendaknya, kata Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Pengerusinya, Hu Pang Chow bagaimanapun menegaskan tindakan Naib Pengerusi DAP itu bukan bermakna DAP tidak sesuai dengan orang Melayu.
“Ideologi individu tidak sama dengan ideologi parti. Mungkin pada peringkat awal Tunku Aziz merasakan ideologi DAP sesuai dengan ideologinya.
“Tetapi setelah beberapa waktu, baru beliau merasakan ideologi DAP tidak sesuai dengan ideologinya.
“Tunku Aziz gagal mengubah ideologi politik parti sesuai dengan kehendak ideologinya,” kata beliau.
Tunku Aziz mengumumkan tindakan keluar DAP semalam setelah pemimpin tertinggi parti mengecam pendirian beliau dalam isu Bersih 3.0.
`Chauvinis Cina’
Beliau menentang perhimpunan Bersih 3.0 kerana ia bakal menimbulkan kekacauan walaupun pada awalnya dikatakan sebagai perhimpunan aman. keselamatan anggota peserta.
Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo berkata, bagi DAP orang Melayu tidak penting kepada parti itu.
“DAP parti chauvinis Cina. DAP mendapat sokongan dari orang Cina dan kerana itu orang Melayu dan India tidak penting lagi.
“Ini bukan kali pertama pemimpin Melayu dalam DAP keluar parti. Datuk Zainal Rampak (bekas Presiden MTUC) yang bertanding pilihan raya atas tiket parti itu juga keluar parti.
“Ini bukan kali pertama pemimpin Melayu keluar DAP. Jiwa Tunku Aziz paling sesuai dengan Umno,” tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan