"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Ketua Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS

Mutaligat

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini.

Penyertaan beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.

Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.

Dilahirkan di Larut Matang, Perak pada 25 September 1950, Fauzi memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Supritendan Polis pada 30 April 1975 iaitu selepas menamatkan latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.

Hampir kebanyakan masanya dalam PDRM dihabiskan dengan bergelumang dalam dunia membanteras jenayah.

Antaranya sebagai ASP Kongsi Gelap Pulau Pinang, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Sentul, Timbalan Penguasa Pentadbiran Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 10 Oktober 1991.

Beliau dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner II dengan memegang jawatan Komander Briged di Sarawak pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 Logistik dua tahun kemudian.

Beliau kemudian diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Selangor dengan pangkat Deputi Komisioner Polis dan seterusnya dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
kursus

Fauzi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pernah menghadiri kursus Asas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kursus Kongsi Gelap di Maktab JSJ, kursus Sekolah Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko-ABRI), kursus pentadbiran di Jepun dan kursus menyelam di Sarawak.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Fauziah Ngah dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Tiada ulasan: