"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Ribuan Hadir Ceramah Anwar Di Masjid Tanah W'pun Di Ganggu..

Addin
Beribu rakyat hadir menyaksikan ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan di Kg. Paku, Masjid Tanah, Melaka. Dalam ceramah ini telah menampilkan beberapa tokoh Pakatan Rakyat termasuklah Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim.

Di anggarkan seramai 4000 orang mendengar ceramah ini seperti di dalam gambar. Selain itu wujud gangguan yang cuba di adakan oleh pihak UMNO BN dengan membuka kaset ceramah Hasan Ali akan tetapi jumlah mereka yang amatlah sedikit mengakibatkan mereka tenggelam dalam ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Selain itu bekalan elektrik ke khemah mereka telah di potong oleh pihak tuan rumah akibat kebiadapan Umno dalam berhujah menyebabkan pihak tuan rumah tidak membenarkan mereka mengunakan eletrik.

Selain itu seluruh penduduk kampung juga memboikot Umno dengan tidak memberi mahu pun menyewakan sumber elektrik kepada mereka.

Ini membuktikan mood rakyat yang inginkan perubahan dan menyokong pakatan rakyat tidak dapat di bendung. Turut hadi ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah Ust Jualsapiyah bin Kassim.

1 ulasan:

lahirmubukanuntukdunia berkata...

kebangkitan rakyat yg tidak boleh dibendung lagi..cukup lah Ali Rustam memerintah melaka selama ini..anak2 muda melayu semakin hanyut di Melaka..mereka dahagakan perubahan..