"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenyataan Nasharudin ‘kejam’, Karpal mahu saman

Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.

Tiada ulasan: