"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahfuz cabar Nasha berdepan Majlis Syura - -

Abdul Rahim Sabri
NONENaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa patut berani berdepan dan berhujah dengan Majlis Syura jika tidak setuju dengan hubungan PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain.

"Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka?

"Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?" sindir ahli parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharuddin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, seperti dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia.

Nasharuddin salah seorang anggota Majlis Syura PAS, badan tertinggi pembuat dasar yang diketuai oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura PAS terbuka dan sedia mendengar pandangan ahlinya sekali pun tetap dengan keputusan bersama Pakatan.

"Amat malang, beliau (Nasharuddin) sebagai ahli Majlis Syura tiba-tiba tidak boleh berhujah dalam mesyuarat, (kerana) tidak hadir dalam mesyuarat," katanya.

Setiausaha agung 'pantau' perkembangan

Mahfuz berkata, memandangkan PAS telah menyatakan pendirian untuk bersama Pakatan, maka tiba giliran Nasharuddin untuk menyatakan "prinsipnya" terhadap keputusan itu.

Ditanya sama ada Nasharuddin patut keluar PAS, Mahfuz berkata:

NONE"Terpulang kepadanya nak terima prinsip PAS atau apa-apa yang dia nak putuskan. Dia kena beritahu".
Mahfuz juga yakin tindakan Nasharuddin yang memberi kenyataan tidak menguntungkan parti itu tidak memberi kesan kepada akar umbi.

"Saya yakin akar umbi ada kebijaksanaan (untuk menilai). Saya tidak nampak memberi kesan atau mempengaruhi akar umbi," katanya.

Dengan nada sinis, Mahfuz juga bertanya sama ada Nasharuddin berani menggesa Umno keluar daripada BN setelah MCA juga menentang hudud.

"Adakah beliau berani buat begitu suruh Umno keluar BN kerana MCA tentang hudud. MCA kata ADUN dekat Johor hilang akal," katanya sambil ketawa sinis.

Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali (atas) ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Nasharuddin itu kerana "sedang mengikuti perkembangan".
-malaysiakini-

Tiada ulasan: