"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR terpaksa menolak pencalonan Najib untuk bertanding dalam PRU 13

Mat Zain: Najib guna nama berbeza dalam afidavit
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan dua nama berbeza dalam afidavitnya.
Beliau berkata, afidavit yang berbeza memungkinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan beliau dalam pilihan raya umum ke 13.

Mat Zain merujuk kepada afidavit yang diikrarkan Najib pada 21 dan 23 September 2011 dan juga oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada 21 September 2011, ketika memohon mahkamah mengenepikan sapina untuk memberi keterangan dalam kes sodomi II.

Katanya, semasa mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke 6 di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 3 April 2009 dengan melafazkan “Wallahi,Wabillahi,Watallahi, Najib secara jelas dan lantang menyebut nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Bagaimanapun, katanya, pada 21 dan 23 September 2011, sewaktu mengikrarkan nama beliau di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah, Najib telah mengistiharkan nama penuh beliau dalam afidavit-afidavit berkenaan sebagai Najib bin Tun Abdul Razak sahaja.

Manakala Rosmah dalam affidavit berasingan bertarikh 21 September 2011 yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang sama,memberikan nama suami beliau, sebagai Najib bin Tun Abdul Razak.

“Fakta yang jelas di sini ialah nama Muhammad telah digugurkan daripada menjadi sebahagian daripada nama Najib secara bersumpah oleh kedua-dua PM dan isteri beliau, seperti yang terdapat dalam afidavit masing-masing.

“Memberikan nama penuh dan betul apabila mengikrarkan sesuatu afidavit adalah keperluan undang-undang.,” kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan salinannya kepada Najib.

Mat Zain merujuk kes bekas pembaca berita RTM, Sharma Kumari Shukla yang pernah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan membuat dua afidavit berasingan yang berkisar di antara Sharma Kumari dan Sharma Kumari Shukla.

Beliau meminta Ismail membuat semakan mengenai perkara “Afidavit YAB PM:Membongkar kelemahan diri sendiri” yang disalinkan juga kepada Menteri Dalam Negeri.

Turut dilampirkan dalam surat tersebut ialah salinan afidavit Najib.

Beri pertimbangan ikut undang-undang

“Selain itu saya sarankan Tan Sri melihat rencana saya yang disiarkan sepenuhnya oleh Malaysiakini pada 10 Disember 2011 atas tajuk “Najib’s name game may cost him GE nomination”.

“Susulan itu satu lagi rencana yang disiarkan oleh beberapa blog khasnya blog Lim Kit Siang pada 20 Disember 2011 bertajuk, “Election Commission gets rid of candidate objection period :A pre-emptive move to save PM Najib?.” kata Mat Zain lagi.

Beliau juga menegaskan jika terdapat bantahan daripada mana-mana pihak, sama ada bakal calon atau individu persaorangan terhadap pencalonan Najib, untuk bertanding bagi kerusi mana pun dalam PRU 13 dengan mengemukakan perbezaan nama penuh Perdana Menteri yang beliau ikrarkan dalam afidavit-afidavit dengan nama yang beliau lafazkan ketika mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-6, SPR terpaksa memberi pertimbangan mengikut undang-undang bersangkutan dengan kecelaruan nama Najib itu.

Setakat yang diketahuinya, SPR tidak mempunyai hak atau kuasa untuk membatalkan sesuatu afidavit yang telah dikemukakan dan diterima oleh Mahkamah Tinggi atau kuasa untuk memutuskan sama ada afidavit berkenaan palsu atau tidak.

“Dalam keadaan yang ada sekarang, SPR terpaksa menolak pencalonan Najib untuk bertanding dalam PRU akan datang, sama ada PM menggunakan nama Mohd.Najib atau pun nama Najib.

“Tanggungjawab untuk menyelesaikan kecelaruan ini dengan pihak Istana Negara,Kerajaan dan Mahkamah serta menjelaskan isu kecelaruan ini kepada seluruh rakyat, terletak di atas bahu Najib sendiri dan isteri beliau.

“Pembikinan afidavit-afidavit berkenaan yang mencetuskan kekeliruan ini adalah urusan persendirian dan kerelaan mereka suami isteri,” kata Mat Zain.

Bekas pegawai kanan polis itu berkata, Najib sepatutnya bersyukur dan berterima kasih, kerana isu pertandingan merebut kerusi Parlimen Pekan ditimbulkan sekarang.

Sekiranya isu ini tambah beliau dibangkitkan selepas Parlimen di-bubarkan atau pada hari penamaan calon, maka Najib mungkin tidak ada masa untuk membuat pembetulan kepada afidavit beliau.

Najib wajar isytihar nama sebenar

Kemungkinan terdapat pihak yang telah bersedia untuk membuat permohonan mendapatkan perintah Mahkamah untuk menghalang Najib dari dibenarkan bertanding dalam PRU kKatanya, tanggungjawab membuat laporan polis berkaitan pembikinan afidavit palsu yang difailkan ketika sesuatu prosiding kehakiman seperti ini, terletak diatas bahu Pegawai Penyiasat atau Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes yang sedang dibicarakan itu seperti yang lazimnya.

Setakat yang diketahuinya kedua-dua pihak ini tidak ada membuat sebarang laporan mengenainya, tegasnya.

Mat Zain juga berkata, sama ada Najib suka atau tidak, tindakan beliau dan isteri menggugurkan nama Muhammad (atau Mohd.) secara bersumpah dalam afidavit-afidavit mereka, boleh menyinggung perasaan atau membangkitkan perasaan marah sesetengah rakyat yang beragama Islam khasnya orang Melayu.

Seolah-olah Najib hanya menggunakan kegemilangan dan kebesaran nama Muhammad itu ketika mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri sahaja dan menggugurkan nama tersebut sebagai tidak berguna lagi, apabila telah mendapat apa yang diidamkan.

Najib, katanya tidak boleh menyalahkan sesiapa jika terdapat dikalangan orang Islam yang menganggap tindakan PM menggugurkan nama Mohd dalam afidavit beliau, sebagai suatu perbuatan menghina dan mempersendakan nama Nabi Muhammad S.A.W.

“Nama Muhammad adalah nama Rasulullah .Nama ini telah sebati dalam jiwa setiap umat Islam sebagai suatu nama yang amat besar,suci dan bersih dan tidak akan merelakan nama ini dipersendakan.

“Apakah pendirian dan pendekatan Tan Sri dan PDRM apabila terdapat pula laporan polis dari mana-mana pihak yang mendakwa YAB PM Najib sendiri yang telah mempersendakan Nabi Muhammad SAW?.,” tanya Mat Zain.

Tiada ulasan: