"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ramai meluat Rosmah menganggu majlis Persandingan Chong Wei dan Mew Choo?

GeloraHatiMuda
Hasil kecanggihan teknologi kini memungkinkan segala benda yang sebelum ini kita menyampah, boleh menjadi suka kembali.

Seperti mana yang terjadi ke atas isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang terselit di antara pasangan pengantin badminton negara, Lee Chong Wei dengan isterinya Wong Mew Choo, sungguh ramai yang meluat dengan tindakan Rosmah yang dikatakan melanggar protokol selain menjadi bahan ketawa di laman sosial Facebook dan Twitter.

Seorang pengguna Facebook yang bengang dengan tindakan Rosmah yang duduk di antara mempelai tersebut bertindak merakam beberapa keping gambar Rosmah dan pasangan pengantin secara terus dari hadapan televisyen lalu dengan usahanya itu, maka terhasillah apa yang kita semua dapat lihat di SINI
Walaupun mengakui ia tidak dapat memuaskan hatinya sendiri dan orang lain, sekurang-kurangnya dengan ketiadaan Rosmah di dalam gambar tersebut sedikit-sebanyak perasaan marah melihatkan Rosmah menganggu majlis bahagia orang lain terubat.

Ramai juga yang memberi komen positif di atas tindakannya membuang gambar isteri Najib itu sambil mengucapkan tahniah kerana berani menyiarkannya selepas diedit menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Mungkin ini satu kerja remeh dan dianggap sia-sia, tetapi sebenarnya ia memberi kesan langsung terhadap rakyat terutama kaum Cina yang majoritinya menonton upacara tersebut yang semakin meluat dengan susuk tubuh Rosmah mencari publisiti murahan dalam majlis orang.

wasukalu.
adios

Tiada ulasan: