"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video warga emas mengamuk dalam ceramah Azmin Ali di Batu Pahat

MiLo SuaM
KELMARIN, ReJaM© sekali lagi menjejakkan kaki di Negeri Johor, iaitu di daerah bersejarah tempat lahirnya United Malays National Organization, Umno iaitu di Daerah Batu Pahat.

Kehadiran ReJaM© kerana menghadiri ceramah Jelajah Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali ke Negeri Johor di mana jadual program beliau singgah di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat. Kampung ini khabarnya merupakan kubu kuat Umno

Apa yang ingin ReJaM© kongsikan di sini ialah, salah satu kejadian yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera di mana seorang warga emas penduduk tempatan mengamuk ketika Azmin Ali sedang memberikan ucapan.
Warga emas ini begitu emosional ketika Azmin menyentuh tentang isu Talam di mana berlaku pemberian berpuluh ribu ekar tanah oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Mohamad Taib kepada tauke cina Tan Ah Chai dan melibatkan kerugian kepada kerajaan negeri apabila tauke cina itu tidak membayar premium.

Warga emas itu tiba-tiba tanpa dijangka meninggikan suara menyebut "Sama dengan Batu Pahat, penyangak semua di pejabat tanah!" sehinggakan Azmin terpaksa menenangkan beliau dan memintanya bersabar.

Namun beliau terus meninggikan suara lagi mendakwa dirinya juga merupakan salah seorang mangsa penipuan perihal tanah ini. Bagi menenangkan beliau Azmin terpaksa berseloroh dengan menawarkan microfon kepada warga emas itu.

Lihat rakaman video di bawah.

Bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang ceramah yang berakhir kira-kira jam 12:20 malam di kampung kubu kuat Umno itu. Ceramah yang sedang rancak terpaksa ditamatkan segera memandangkan pegawai polis yang turut hadir di situ mengarahkan agar berbuat demikian.

Azmin Ali di dalam ucapannya turut mengiktiraf Cabang KEADILAN Batu Pahat yang berjaya menganjurkan program ceramah di dalam kubu kuat Umno itu sebagai Cabang KEADILAN terbaik Negeri Johor. Tahniah diucapkan kepada Cabang KEADILAN Batu Pahat.
Ceramah diakhiri dengan suasana yang mesra, di mana orang ramai saling berpeluk-pelukan dengan YB Azmin Ali serta mendoakan kejayaan beliau di dalam membawa KEADILAN serta Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Akhir sekali, ReJaM© sempat bersama penduduk tempatan menjamu selera dengan roti dan sup kambeng bersama YB Azmin.

ReJaM© "Ini petanda kubu kuat bakal bertukar menjadi kubur"

Tiada ulasan: