senik
Ekoran fatwa Harun Sani yang mengkafirkan orang orang yang membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible, penulis merasakan tidak bijak bagi seorang berstatus mufti mengeluarkan fatwa sedemikian hanya dengan hujah menyekutukan ALLAH. Mana mungkin hanya membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible dikatakan menyekutukan ALLAH. Lainlah kalau Bible tersebut digunakan pula untuk memuja atau sebagai alat menyembuhkan penyakit dengan kepercayaan ianya ada sakti trinity atau seumpama percaya kepada kuasa jin dan hantu boleh menjadikan seseorang itu menang pilihanraya, boleh mengangkatnya pula untuk menjadi exco atau menteri seperti kes Mona Fendi dulu.
Pada logik dan dasar lahirnya Bible dan Al quran, banyak perbezaan antara keduanya seperti sering dibuktikan oleh Zakir Naik dan almarhum Ahmad Deedat. Oleh itu penulis tidak boleh bersikap prejudis dan bias untuk mengatakan pendirian PAS adalah jauh lebih gentleman dari apa yang ditonjolkan oleh ulamak ulamak kerajaan yang sering mengambil jalan pintas demi survival politik tuan mereka. Antara yang semakin hilang kredibilitinya sebagai ulamak ialah "harunn" Sani yang meracau membuat haru sana sini.
Penulis setakat ini hanya mendengar PAS yang menawarkan untuk berdailog dengan golongan kristian berkaitan penggunaan nama ALLAH dalam Bible melayu sedangkan di pihak kerajaan yang bermati matian tidak mahu ianya digunakan sehingga sekarang masih belum berbuat demikian sekalipun mereka mempunyai beberapa ulamak yang hebat seperti "harunn" Sani dan beberapa orang rakan rakan muftinya serta ulamak muda dan tua lainnya.
Ke mana pergi ilmu ulamak ulamak ini sehingga perkara mudah sebegini di haru sana sinikan? Penulis sanggup berdailog dengan mana mana pihak dalam kristianity termasuk paderi besarnya dalam isu penggunaan kalimah ALLAH yang gagal ditewaskan oleh peguam kerajaan dalam kes mahkamah tempoh hari. Penulis berani berkata demikian kerana perkara ini cukup mudah dan senang, tak perlu membakar Bible bahasa melayu.
Tapi malang sungguh kerana di pihak kerajaan yang didokong kuat oleh ulamak ulamak yang berpihak kepada UMNO serta disokong pula oleh golongan pencacai yang bebal. Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah mencari kenyataan yang boleh diputarbelit untuk menjustifikasikan fatwa ulamak mereka. Dan lebih malang PERKASA pula yang membuat lapuran polis mengatakan kenyataan presidennya diputarbelit. Berbelit sungguh!
Harun Sani dan lain lain ulamak kerajaan harus sedar bahawa apa yang pernah ditulis di dalam kitab Mastika Hadis berkaitan kafir pernah diucapkan oleh pemimpin UMNO. Perkara ini sepatutnya didahulukan oleh "harunn" Sani bukan membuat haru sana sini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan