"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tumbuk petugas, pelaku berdepan tindakan undang-undang

Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN – Insiden yang melibatkan seorang petugas PAS yang ditumbuk ketika memasang bendera akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan undang-undang.
Menurut Yang Dipertua PAS Pontian, Raden Sarobo Pono, selain satu laporan Polis dibuat, pihaknya turut melantik peguam sebagai peringatan kepada semua pihak agar menghormati hak kebebasan berpersatuan dalam sebuah negara demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan.

“Insiden semalam dalam pukul 3.00 pagi, petugas kita sedang memacak enam bendera di tempat kejadian. Tak semena-mena datang seseorang dakwa kawasan itu tempatnya, sedangkan jelas ia adalah kawasan awam.

“Berlaku sedikit kekecohan apabila Haniff yang merupakan mangsa ditumbuk di bahagian muka hingga berdarah.

“Kami ingin menjelaskan. Petugas PAS sentiasa ditarbiyyah agar bersabar. Dia pasang bendera kami tak kacau. Malah banner kamipun pernah direntapnya.

“Selain itu, dengan nada angkuh dia cabar buat laporan Polis. Ia kami telah buat laporan malam itu juga,” katanya kepada Ibn Bacoks ketika ditemui semalam.

Katanya lagi, pihaknya menyeru kepada Datuk Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian agar menjaga tingkah laku anak buahnya kerana insiden ini disifatkan satu provokasi dan tindakan tidak yang matang.

“Kita harap perbuatan kasar dan tidak matang ini tidak berulang lebih-lebih lagi kita berada dalam sebuah negara demokrasi,” katanya lagi.

Tiada ulasan: