"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mahathir Dan Musa Hassan Tak Sabar Untuk Menghuni Penjara Sungai Buloh

faceoff
Baik Dr Mahathir dan Musa Hassan, hidup selepas pencen mereka ibarat ajal menunggu maut.. Phobia apabila celik mata setiap hari samaada masih berada di mahligai impian ataupun telah menjadi penghuni penjara Sg Buloh. Rakyat sebenarnya sudah tidak pedulikan hidup dan mati mereka selepas pencen malah mengharapkan agar mereka insaf dari perbuatan keji yang mereka lakukan semasa berkuasa .Semua sedia maklum.
Kenyataan terbaru Musa Hassan dakwa PR mahu wujud semula ISA bakal mengundang kontroversi yang akan menggerakkan PERKASA sebagai batu api untuk membuat huru hara menjelang PRU 13.

Bagi Dr Mahathir kegembiraan terlampau nya setelah terhapus ISA yang beliau ciptakan membayangkan sudah tiada tuduhan lain yang boleh di kenakan ke atas nya yang semakin dikenali sebagai pengkhianat negara sejak akhir2 ini.

Tidak seperti bekas-bekas IGP yang lalu... mereka akan pencen atau menjadi Pengerusi apa juga syarikat haram/halal untuk menyambung kehidupan. Musa Hassan dan Dr Mahathir sedar menjelang hukuman rakyat terhadap pengkhianatan yang mereka lakukan semakin hampir, sesuatu perlu di lakukan menghuru-harakan negara.

Seperti juga Najib walau pon beliau merasakan dosa-dosa beliau tidak sekeji Dr Mahathir dan Musa Hassan, dengan semakin menjelang PRU13 semakin galak rasuah rakyat kenyataan terbaru Najib selar pihak bangkit isu sensitif menjelang PRU13 beliau juga bakal mencetuskan kontroversi bahaya menjalang PRU13

Rakyat harus bersatu dan jangan bertindak balas terhadap provokasi keji UMNO dan BN sehingga selepas PRU13 .. dan pastikan Najib, Dr Mahathir dan Musa Hassan dan gerombolan menjalani kehidupan yang selesa menyorong tilam setiap hari di penjara sg buloh yang di tanggung rakyat.

PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata, ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa.

Menurutnya, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.

"Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa.

Dakwa Dr Mahathir lagi, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan.

Selain itu, Musa turut menegaskan 'Arab Spring' boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.

Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.

"Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku.

"Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan," katanya.

Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini.

"Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara.

"Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara," katanya.

Tiada ulasan: