"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasharuddin bakal kembali ke parlimen Yan

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Kerusi Parlimen Yan di Kedah dianggap paling sesuai dan paling selamat untuk bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam pilihanraya umum ke 13 ini.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ahli parlimen Bachok itu bertanding atas tiket calon bebas atau parti lain.

Seorang penyokongnya yang juga bekas ahli PAS Yan memberitahu, masyarakat Melayu mahu Nasharuddin kembali ke parlimen itu.

“Jika beliau (Nasharuddin) mahu memanjangkan hayat politiknya, kerusi yang paling sesuai ialah parlimen Yan.

“Saya katakan Yan kerana masih ramai pengikutnya di kawasan itu. Lagipun beliau pernah menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999.

“Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atas Naharuddin,” kata seorang bekas ahli PAS diYan yang mahu dikenali sebagai Wahab.

Menurutnya, sejak dahulu lagi masyarakat di Yan memberikan sokongan kepada Nasharuddin meskipun beliau telah berhijrah ke negeri lain.

Karier politik Nasharuddin bermula di Yan apabila beliau memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum tahun 1999 sejurus melepaskan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.

‘Tidak berpura’

Bagaimanapun, pada pilihanraya umum 2004 beliau bertanding di parlimen Besut, Terengganu tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Abdullah Mohd Zain.

Pada 2008, Nasharuddin bertanding di Bachok, Kelantan dan memenangi kerusi parlimen itu setelah mengalahkan Datuk Awang Adek Husin yang kini ketua Umno bahagian serta timbalan menteri kewangan 2.

Nasib Nasharuddin menjadi samar apabila dipecat dari jawatan Majlis Syura PAS minggu lalu. Muryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan Bachok tidak mencalon nama Nasharuddin dalam pilihanraya umum akan datang.

“Kita mengalu-alukan Nasharuddin untuk kembali bertanding di Yan tidak kira atas tiket apa sekalipun. Masyarakat Yan masih sayangkan beliau.

“Walaupun Nasharuddin bukan seperti pemimpin-pemimoin PAS yang lain yang kononnya berpakaian imej Islam tetapi Nasharuddin lebih sayangkan Islam.

“Nasharuddin tidak berpura-pura walaupun di bukan lulusan sekolah pondok,” tambahnya lagi.

Usaha untuk menghubungi Nasharuddin bagi mendapatkan perkembangan terbaru beliau gagal.

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Balik ke Yan, boleh. Menang belum tau.