"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Kazim patut jadi duta Islam!

senik

Assalamualaikum,..

Satu ketika dulu, ketika heboh diperkatakan Ustaz Kazim sudah mula bercakap macam orang UMNO, banyak auta dari fakta, tiba tiba Ustaz Kazim muncul bersama sama UAI dan menafikan dia sudah jadi UMNO.Katanya dia berceramah menyampaikan risalah Islam bukan untuk jadi UMNO, gila kuasa dan jawatan. Ustaz Kazim kemudiannya benar benar berubah menjadi UMNO dan membenarkan tuduhan terhadapnya selama ini. Kalau dulu, tuduhan itu boleh didakwanya fitnah tetapi sekarang ianya sudah terbukti benar.

Antara auta yang dikesan dilakukan oleh Ustaz Kazim ialah keghairahannya ketika berceramah di hadapan orang orang UMNO berkata Hudud masih lagi dalam proses penyediaan(Draf) di Kelantan. Ustaz Kazim seterusnya berkata, punca orang melayu berpecah kerana hudud dijadikan "lagu raya" ketika pilihanraya dan selepas pilihanraya hudud dilupakan tetapi muncul kembali apabila pilihanraya menjelang tiba.

Inilah auta Ustaz Kazim yang menyebabkan Ilmunya yang hebat juga hilang dari dada. Sebab Autanyalah Ustaz Kazim sanggup memperlekehkan usaha TGNA dan pemimpin pemimpin ISLAM di Kelantan yang telah lama berusaha untuk menyiapkan draf Hudud dan faktanya, Hudud Kelantan sudah lama siap malah kerana Hudud Kelantan sudah lama siap, Tun Mahathir ketika masih menjadi PM pernah mengutus surat amaran kepada kerajaan Kelantan untuk mengambil tindakan sekiranya Hudud dilaksanakan di Kelantan. Sehingga hari ini, surat itu masih disimpan oleh Kerajaan Kelantan.

Fakta ini diautakan oleh Ustaz Kazim sedangkan Ustaz Kazim diberi peluang oleh ALLAH untuk menjadi duta pendamai antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan persekutuan. Dato Nik Amar dalam satu kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian menyebut kegagalan Hudud dilaksanakan di Kelantan kerana tiada kerja sama dari kerajaan persekutuan dan menurut beliau lagi, mufti mufti perlu memainkan peranan ke arah mendapatkan perhatian kerajaan persekutuan.

Tetapi sedarkah kita, bahawa Ustaz Kazim sekarang ini mempunyai asses yang baik kepada UMNO sebagai peneraju utama kerajaan persekutuan? Ustaz Kazim dipanggil berceramah di pentas UMNO, dimajlis majlis yang dianjurkan UMNO dan di kuliah kuliah ilmu anjuran UMNO. Sudah tentu kalau Ustaz Kazim hanya berminat untuk menyampaikan kebenaran, isu Hudud Kelantan boleh dipromosikan oleh Ustaz Kazim di hadapan ahli dan pemimpin UMNO yang hadir di majlis ilmunya dan ceramah ceramah politiknya yang dianjurkan UMNO.

Sebaliknya, Ustaz Kazim mengsia siakan peluang menjadi duta, sebaliknya memutar mutar lidahnya untuk menyembunyikan kebenaran dengan tujuan memperlihatkan UMNO adalah yang terbaik sebagai pembela ugama. Tetapi pembela jenis apakah ini kalau auta diutamakan, fakta diketepikan?

Ustaz Kazim mempunyai ruang dan peluang yang cukup luas untuk menyampaikan kebenaran tentang Hudud, tetapi Ustaz Kazim memilih untuk turut sama pemimpin UMNO yang lain dengan menyalahkan Hudud sebagai punca utama perpecahan melayu. Malang sungguh Ustaz Kazim yang tahu benar apa sebenarnya Hudud dan kenapa ianya perlu dikanunkan oleh pemerintah ISLAM. Tidak ada syarat yang mengatakan hanya PAS yang wajib melaksanakan Hudud, UMNO tidak, begitu juga tidak ada ajaran sama ada politik atau tidak yang mengatakan Hudud itu diterima tetapi kerana keadaan dalam negara tidak mengizinkan ianya dilaksanakan dan kalau ianya cuba juga dilaksanakan, ianya hanya menjadi punca perpecahan umat sahaja.

Tetapi itulah mesej yang disampaikan oleh Ustaz Kazim. Bukannya mesej seorang duta Islam yang mahukan Islam dimartabatkan sebagai carahidup. Lebih lanjut, Ustaz Kazim juga boleh mempromosikan Hudud Terengganu yang juga sudah ada kanunnya untuk dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Tiada ulasan: