"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apasai Prof, asyik cerita PAS menang ni!!

laniismaa
Kuala_Besut
Nampaknya PRK Kuala Besut amat menarik perhatian ramai. Semua penganalis politik bercerita tentang PAS menang dan menjadikan DUN Terengganu 16-16, tergantungkah DUN Terengganu. Mereka tak berminat nak bercerita kalau Umno menang.


Sebelum ini Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, bercerita tentang PAS menang. Katanya sekiranya 16-16, Sultan yang akan menentukan tampuk pemerintahan negeri.

Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak juga bercakap tentang PAS menang. Katanya Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti DUN. Kalau gagal Sultan akan beri peluang kepada PR.

Semalam Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat juga bercerita tentang PAS boleh menang di Kuala besut.

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari juga bercerita tentang PAS menang. Kalau 16-16, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan MB yang sesuai.

Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco Datuk Toh Chin Yaw juga bercerita tentang PAS menang. Katanya DUN tergantung tak berlaku kerana undi pemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di Terengganu.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan juga bercerita tentang PAS menang. Kalau PAS menang 16-16, ia tak pernah berlaku dalam sejarah negara, katanya kepada TMI. Dia juga berkata Umno mesti menang di kerusi tersebut.

Mereka tak berminat bercerita tentang Umno menang. Jadi orang-orang Kuala Besut boleh memberi kemenangan kepada PAS supaya dapat meleraikan kebuntuan Prof-prof di atas. Kalau ada masalah, tentu ada penyelesaian dan kita juga nak lihat penyelesaian tersebut. Selagi PAS tak memang, maka lagi peninglah Prof-prof di atas. Orang-orang Kuala Besut juga boleh mencipta sejarah.

Tiada ulasan: