"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aku, anak muda tabligh & rokok

hishamahmad
Tablighi JamaatTablighi JamaatDi suatu malam beberapa hari yang lepas, menghampiri waktu isyak. Ketika itu, aku menuju ke kolah surau bagi tujuan wuduk. Aku melihat seorang anak muda sedang duduk di pangkir surau… merokok. Anak muda berbadan tegap dan kuat ini belum mencapai 20 tahun. Anak seorang jemaah tabligh. Dia juga dicenderungkan ke arah itu. Seorang yang baik dan komited dalam solat jemaah.
Dia juga berjasa kepada aku kerana membantu aku membacakan terjemahan al-Quran (secara bergilir) dalam program tadarus di surau kami di Kg Bukit Kecil. Kami menggunakan 2 mashaf terjemahan al-hidayah (Al-Itqan ) kerana itulah paling besar ditemui yang berterjemahan bahasa melayu, dengan semakan oleh panel penyarah university tempatan. Harganya setidak lupa aku ialah sekitar RM80-90 satu.
Buat pertama kali pada tahun 2013, ayat-ayat Quran 30 juzuk di baca dengan terjemahan. Kami juga tidak memecahkan kepada grup-grup kecil dengan hujah agar setiap orang dapat melalui pembacaan dan pendengaran al quran berserta terjemahan secara sepenuhnya, (khusus bagi yang tidak gagal untuk hadir pada setiap sesi tadarus). Akhirnya dengan izin-Nya, biarpun dengan beberapa kelemahan berserta kesungguhan yang dipaksa dan usaha yang digagah-gagahkan, kami berjaya melakukannya hingga habis. Dengan rasa daif aku katakan bahawa buat pertama kali dalam hidup aku pada umur 41 tahun, baharulah aku membaca Quran berserta terjemahan secara sepenuhnya. Ajaibnya, boleh pulak ia dilakukan dalam masa hanya 1 bulan!

Lalu aku katakan kepada anak muda itu, “Muazz, kau beruntung dapat baca Quran habis dengan terjemahan dalam umur yang muda”. Seorang bekas cikgu yang baik dan tawaduk juga berkata “Cikgu pula dah 60 tahun (lebih) baru dapat lakukan (demikian).

Kembali kepada kisah asal. Setelah berwuduk, aku pun menegurnya. Dia agak kemalu-maluan. (bukti kesedaran apa yang dilakukan itu ada ‘masalah’ pada agama) Dalam keterbatasan masa, aku berkata kepadanya:

“Muazz, sebab kau budak baik, pakcik ingin beri nasihat terus terang sedikit. Kalau orang lain pakcik tak ‘kuasa’” Dia mengangguk lemah, mungkin sedikit ‘boring’ akibat dapat menjangkakan sesuatu.

“Merokok ini hukumnya haram. Sekarang sepakat haram!” - direct attack.

“Dulu ada ustaz atau ulama kata makruh sebab mereka salah faham atau sebab mereka sendiri merokok. Kalau yang salah faham itu kerana mereka berhujah - tiada bukti kuat rokok memudaratkan”

“Kini semua doktor sepakat, rokok mudarat. Bukti perubatan jelas. Maka ulama sekarang sepakat rokok haram … merokok haram”.

“Jangan keliru dengan dakwaan orang kata, apa ni, dulu ada kata makruh, kini haram pula!? Fahamkan bhw rokok bukan arak, arak haram dulu kini dan selama-lamanya -sikit atau banyak. Rokok masalah baru.. jadi dulu , sebab ulama tiada maklumat tepat dan jelas, maka ada ulama hukumkan makruh, tapi bila dah jelas mudarat melalui pakar perubatan, maka ulama sepakat pula kata haram maka perubahan hukum itu adalah betul dan tepat”

“Fatwa Malaysia sendiri telah mengharamkannya! Makna bagi Malaysia , itulah hukumnya. Cuma tidak kuatkuasa dari segi undang-undang dunia.. tetapi hukum di sisi Allah adalah haram dan berdosa”

“Itu Satu. hisap rokok haram, begitu juga jual, beli dan berkaitan dengannya”.

“Dua. Ada orang tua yang masih hisap, puluh tahun dah, tak boleh tinggal – alasan nanti mereka lemah tak boleh buat apa-apa, batuk dll, ada ulama mana tah dikata ada kata, sebab mereka dah terlalu lama hisap… badan dah penuh racun, dah sebati, paru-paru dah gelap… mungkin macam ada alasan makruh sebab nak tinggalkkan itu juga kononnya mudarat… mereka ini ibarat dah bersedia mati bermusababkan rokok… atau sakit kanser kerana rokok. Ini mungkin ada sedikit hujah untuk memakruhkan merokok!”

Tiga. Tapi hujah ini tidak boleh dipakai oleh golongan umur pertengahan yang masih boleh berhenti merokok menurut doktor. Tapi bagi golongan muda seperti kau, hujah itu langsung tidak boleh pakai … maknanya hukum haramnya kekal dan kuat untuk golongan anak muda! Macam kau! Tidak boleh nak start atau mencuba… . Pakcik tak ingat firma Allah atau sabda Rasulullah … yang berbunyi – “jangan campakkan dirimu kelembah kebinasaan! ”

Empat. Merokok sebelum solat, atau sebelum naik surau untuk solat jemaah adalah sangat tidak patut! Pakcik tengok ramai orang tua atau orang muda yang tergamak hisap rokok sebelum solat jemaah, sebahagian berkumur2, sebahagian tidak ! Tak banyak bezanya pada bau …!

Merokok menyebabkan mulut berbau dan badan berbau. Jemaah sebelah terganggu. Tetapi sebenarnya bau rokok pada mulut dan badannya adalah menyakiti malaikat!

Bau rokok ini adalah bau busuk seperti bau-bauan petai , durian dll. Hadis nabi merujuk kepada bau bawang… tetapi ulama berkata ia bermaksud merujuk kepada bau tidak elok termasuk bau rokok dan lain-lain. Bagaimana tergamak melafazkan ayat-ayat Quran dalam solat dengan mulut berbau begitu.

“Lima. Pakcik ingat kalau tak silap, Kerana bau ini menyakiti malaikat dan menggangu jiran solat… maka sampai melucutkan kewajipan solat jemaah atau dilarang hampiri masjid. Agama larang, nabi larang! Sampai kita tidak layak untuk solat jemaah, jadi buat apa kita pergi!

“Kita nak cari redai Allah, tapi kita dilarang, tapi kita pergi pulak… ! Tak pelik!”

“Pakcik sebut dalam 5 tahap tadi.. ibarat 5 peringkat ujian iman. Nak tengok Muazz terima yang mana?”

Kalau terima pada tahap 1… itu paling baik. Tak payah fikir tahap lain.

“Kalau Muazz tak terima tahap 1 hingga 3, masih anggap rokok makruh! Walaupun pakcik kata, pakcik yakin itulah hujah pakcik tadi adalah benar atau sangat dekat kepada kebenaran disisi Allah. Tak apalah itu pilihan Muazz, Tapi … jangganlah merokok sebelum solat … apalagi solat jemaah ni!’

“Kalau Muazz tak terima juga sampai tahap 4, nak merokok juga sebelum solat ni , pastikan dibasuh dan dicuci mulut itu sampai bersih takda bau, gosok gigi atau sebagainya, boleh?”

Muazz mengganguk-angguk sahaja daripada tadi. Terima atau malas layan, tak tahulah kita , hati manusia. Hati di dalam, siapa yang tahu”.

sangka baik jelah.

“Harap muazz tak marah, pakcik cakap kerana pakcik suka Muazz, ,, budak baik dan suka solat jemaah.Kalau tak merokok.. lagi hebat di sisi Allah"

Saya pun kemudian meninggalkan dia dan naik terus ke surau. Di dalam hati saya;

“Yelah, apa nak marah sangat kepada budak muda ini yang sedang seronok meniru laku orang tua menyedut asap.. apalagi

…orang dewasa dan bekas imam pun merokok sebelum solat jemaah… apalagi dari balik menyantap kenduri tahlil selepas maghrib menuju surau untuk solat isyak”

“puss..puss” … asap yang disedut dan dihembus bergabung ‘jiwa dan rasa’ dengan kesan tinggalan sambal belacan dan ikan kering …pada celah-celah gigi yang berplak dan berkaries.

Tentulah nik.. mad!....

blog.. hisham-ahmad.blogspot.com

1 ulasan:

Bonda Hebat berkata...

Cutting down your cigarettes?

Saya ada cara utk berhenti merokok dgn mudah. Harga rokok pun dah melambung2. Baik guna duit tu utk beri reward pada anak2 ke, utk bawa isteri candle light dinner ke, htr mak ayah g umrah ke, derma kat tahfiz ke, bayar zakat ke.....kan....

So, siapa nak berhenti merokok boleh contact saya 01137007328 Azah