Kenyataan jelitawan Nora Danish bahawa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh anak menteri pelancongan bukan untuk dirinya membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada "Zass", sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.
NONESeniwati berstatus ibu tunggal dengan seorang anak itu dipetik sebagai berkata bahawa banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz.
"Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz," kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.
Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.
Antaranya berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.
Menurutnya lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan