"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami disembelih isteri ditangkap

Shah Alam: Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kematian suaminya akibat diserang sekumpulan lelaki yang mengelar tangan, belakang badan dan ada kesan seakan-akan sembelih di leher dalam kejadian bunuh di Kampung Sungai Sedu, Banting, di sini, semalam.

Mangsa berusia 60 tahun kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Langat, dekat Banting, jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, kejadian berlaku antara jam 2 hingga 5 pagi semalam ketika mangsa berada di rumah bersama isterinya sebelum didatangi kumpulan lelaki yang terus menyerbu dan menyerang mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu tidak mengapa-apakan wanita berkenaan yang didapati tidak cedera sebelum beberapa jiran yang menyaksikan kejadian melaporkan kepada polis.

“Berikutan maklumat diterima, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan berdasarkan siasatan di lokasi, polis percaya suspek dan mangsa saling mengenali antara satu sama lain.

“Kami tidak menemui kesan ceroboh atau cungkil di pintu atau bahagian rumah yang lain, jadi kita percaya penyerang mempunyai akses untuk masuk,” katanya.

Berikutan itu, katanya, polis menahan isteri mangsa yang berusia 50-an bagi membantu siasatan dan setakat ini wanita berkenaan didapati tidak mempunyai rekod jenayah.

Selain itu, beliau berkata, polis juga tidak menemui sebarang senjata tajam yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.

Difahamkan, kes berkenaan dipercayai berpunca daripada dendam akibat perebutan harta, namun siasatan lanjut mengenai perkara itu dijalankan.

Nordin berkata, pihaknya berusaha mengesan kumpulan lelaki disyaki dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
-Hmetro-

Tiada ulasan: