"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MH370: Nak cari di kawasan lain pula?

SURYANI TAIB
Ura-ura terkini mengatakan bahawa pasukan mencari kini berdepan dilema iaitu sama ada mahu meneruskan operasi SAR atau menghentikan operasi pencarian bagi mengkaji lokasi sebenar MH370.

Bukankah kita awal-awal lagi mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di lokasi sekarang dan mengucapkan takziah serta ada negeri yang mengibarkan bendera separuh tiang.

Apa ni? Kini timbul pula cerita kemungkina mahu kaji semula lokasi sebenar MH370. Betul, memang wajar mengubah lokasi pencarian jika di kawasan sekarang tiada sebarang petanda ditemui. Namun yang menjadi kemusykilan dan kesedihan saya ialah kenapa awal-awal digambarkan seolah-olah segalanya sudah berakhir.

Kini, kita mungkin terpaksa menarik semula kenyataan tersebut dan sudah tentu menimbulkan perasaan kurang senang ahli keluarga mangsa. Bak kata pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

Oleh sebab itu, jangan salahkan media asing mahupun mana-mana individu atau parti yang membuat pelbagai spekulasi tidak baik terhadap kerajaan Malaysia. Hakikatnya, kita sendiri membuka ruang kepada mereka untuk mengkritik kita.

Sebelum ini pun telah ada beberapa kenyataan kita ketika sidang akhbar yang bercanggah dengan beberapa fakta – dan kemudiannya menjadi pertikaian beberapa pihak, khususnya keluarga mangsa di China.

Saya bimbang, kenyataan kita yang tidak konsisten dan tergesa-gesa ini menjadi bahan lawak jenaka media antarabangsa dan orang ramai.

Tiada ulasan: