"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hudud: Beverly Hills Desak Sultan Brunei Jual Hotel


LOS ANGELES: Beverly Hills mendesak Sultan Brunei supaya menjual sebuah hotel di bandar di Amerika Syarikat yang didiami golongan kaya dan selebriti, selepas baginda memperkenalkan kanun keseksaan yang menggabungkan undang-undang syariah Islam, kata pegawai pada Khamis.

Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan hartawan perniagaan Richard Branson turut mendesak untuk memboikot rangkaian itu, yang memiliki Hotel Beverly Hills.

Tetapi ketua Dorchester Collection merupakan rangkaian hotel itu berkata, pelaksanaan hukuman itu disifatkan tidak munasabah dan hanya akan memberi kesan buruk kepada kakitangan hotel.

"Tindakan yang diambil itu perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan mata pencarian kesemua mereka (kakitangan)," kata Christopher Cowdray memberitahu ahli majlis perundangan bandar Beverly Hills pada mesyuarat majlis malam Selasa.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada minggu lalu mengumumkan bahawa baginda akan meneruskan dengan pelaksanaan hukum hudud, walaupun mendapat kritikan di negara itu mahu pun peringkat antarabangsa.

Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi pada Khamis lalu, dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk hukuman potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.

Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mata pada fasa ketiga.

Majlis Perbandaran Beverly Hills meluluskan satu resolusi pada Selasa yang "mengutuk kerajaan Brunei bagi siri undang-undang yang mengenakan hukuman yang sangat keras, termasuk rejam sehingga mati bagi homoseksual dan zina."

"Resolusi ini menggesa kerajaan (Brunei) untuk mengubah undang-undang mereka atau untuk melepaskan pemilikan Beverly Hills Hotel bagi memisahkanhotel ikonik yang ketika ini merupakan milik mereka," tambah Datuk Bandar, Lili Rosse.

Sultan Hassanal Bolkiah memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rom.

Majlis perbandaran berkata, mereka akan menghantar resolusi kepada Jabatan Negara bagi meminta Washington untuk "mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengutuk dasar kerajaan Brunei."

Amerika Syarikat telah "menyampaikan kebimbangan kita secara peribadi kepada kerajaan Brunei," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki pada Selasa, tetapi ia tidak akan mengikuti usaha untuk memboikot rangkaian hotel mewah milik Sultan Brunei.

Datuk Bandar Beverly Hills menyifatkan undang-undang baharu itu sebagai sesuatu yang "mengejutkan dan tidak berperikemanusiaan."

"Mereka mesti memenuhi sokongan kuat untuk hak asasi manusia rakyat Brunei," katanya. - AFP

Tiada ulasan: