"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kesah pendakwah hebat yang tidak terkenal, seorang doktor perubatan meredah padang pasir mencari keredhaan Allah semata-mata

rozmal
Kepada sahabat-sahabat yang menjalankan misi kemanusiaan sebagai tanggungjawab kita sebagai seorang Islam jangan gentar untuk meneruskan usaha tersebut. Pihak musuh Islam cuba mengaitkan misi kemanusiaan ini dengan gerakan militan kerana misi kemanusiaan yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata telah berjaya mengIslamkan 11 juta orang.

Pagi tadi ketika menonton kuliah Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri di TV Hijrah, beliau menceritakan mengenai seorang pendakwah zaman milinium ini yang begitu hebat tetapi ramai yang tidak kenal usaha dakwah dan misi kemanusiaan beliau. Beliau ialah Dr Abdul Rahman Al-Sumait.

Beliau sanggup menaiki keretapi yang uzur merentasi benua Afrika selama berhari-hari, di kejar di padang pasir oleh ular yang berbisa, hanya semata-mata untuk berdakwah dan menjalankan misi kemanusiaan.

Satu hari beliau pergi ke sebuah kampung yang sudah berbulan-bulan tidak hujan. Ketua kampung tersebut berkata kepada Dr Abdul Rahman, kalau nak datang berdakwah tak payahlah, mereka suruh Dr Abdul Rahman balik. Mereka hendakkan hujan kata mereka. Dr Abdul Rahman tidak berdaya menunaikan permintaan mereka, hanya mampu menadah tangan, berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Belum sempat beliau hendak menurunkan tangan dari berdoa, tiba-tiba datang awan gelap entah dari mana menurunkan hujan yang lebat. Maka penduduk kampung tersebut mengucapkan syahadah.

Antara usaha Dr Abdul Rahman yang kita semua tidak ketahui sebelum ini, media pun tak pernah hebohkan ialah beliau membiayai 9,500 orang anak yatim, membiayai 95,000 orang pelajar, membina 5,700 buah masjid, 200 pusat latihan untuk wanita, 860 buah sekolah, 4 universiti, 102 buah pusat Islam, 9,500 perigi dan mengedarkan 51 juta Al Quran.

Siapalah kita yang teramat kerdil ini hendak dibandingkan dengan Dr Abdul Rahman, beliau merupakan doktor perubatan, boleh hidup mewah sebagai doktor pakar, sebaliknya mengabdikan diri sebagai hamba Allah di Afrika.

Teruskan misi kemanusiaan sahabat semua walau dimana ceruk dunia. Golongan musuh Islam dan golongan munafik memang bencikan misi kemanusiaan ini kerana mereka takut orang bukan Islam akan mendapat hidayah Allah.

BERAMAL KERANA ALLAH

Tiada ulasan: