Tokyo: Polis semalam berkata, rumah seorang pegawai kanan mereka dipecah masuk dan penjenayah melarikan wang dan pelbagai barang kemas bernilai RM127,796. Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku Februari lalu.
Katanya, kejadian disedari isteri pegawai polis berusia 57 tahun itu selepas dia kembali ke rumah mereka di Machida.
“Wanita terbabit terkejut mendapati rumah mereka berselerakan dan selepas diperiksa dia mendapati pelbagai barang berharga serta wang dilarikan,” katanya.
Menurut jurucakap itu, pencuri dipercayai memasuki ruah berkenaan dari pintu belakang yang terbiar tidak berkunci. - Agensi/hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan