"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hudud, Kenapa Hishamuddin Rais takut sangat?

TEMPAYAN RETAK
Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia lebih berhati-hati dalam menyebut tetapi kenyataan sinikal dan sangat biadap kepada mereka yang berusaha untuk melaksakan peraturan agama membuatkan saya rasa dia tidak suka dengan hudud.

Melebel dan membuat tohmohan kepada sebahagian kepimpinan PAS yang berusaha untuk melaksankan hudud sebagai golongan yang ghairah untuk bekerjasama dan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO suatu yang sangat dangkal. Sepatutnya seorang yang aktivis dan penganalisis politik Hishamuddin sepatutnya tidak emosi dalam membuat telahan politik.

Saya melihat sentimen dan emosi mempengaruhi Hishamuddin dalam membuat kenyataan. Kita memang boleh berbeza pendapat tetapi kalau perbezaan itu diasaskan atas sentimen diri sendiri sepatutnya Hishamuddin berdiam diri sebab ini adalah hukum Allah.

Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Jenayah syariah Islam perlu difahami dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.

Seperti yang saya tulis sebelum ini hudud mengandungi 7 elemen iaitu Syurb, Qazaf, Zina, Sariqah, Hirabah, Riddah dan Bughah.

Orang Islam sepetutnya tidak perlu risau sebab bila hukuman Allah dijalankan kita tidak lagi diazab oleh Allah diakhirat nanti atas kesalahan yang telah dihukum didunia.

Orang bersalah sahaja merasa risau dan takut. Apakah Hishamuddin Rais rasa ada membuat salah sehingga boleh dikenakan hukuman hudud, qisas dan takzir?

Satu perkara yang diingatkan kepada Hishamuddin jika kesalahan itu tak terdedah dan tidak ada yang tahu, bertaubat dengan Allah adalah sebaiknya. Sebab itu hakim-hakim Islam diajar untuk mengelak seboleh-boleh jangan menghukum dengan mencari keraguan yang ada.

Adakah Hishamuddin rasa kalau ditangkap terus dipotong tangan tanpa bicara?

Berilah peluang kepimpinan PAS yang berusaha untuk kearah ini buat kerja mereka., tunggu dan lihat. Kalau nak komplen atau melabel tunggulah sehingga perkara ini selesai.

Jangan kita pula menjadi penghalang.

Tiada ulasan: