"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hudud: BN mungkin pecah? Umno, telan mati emak diluah mati bapa

Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManPETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mungkin pecah jika Umno menyokong hukum hudud di parlimen kelak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, beliau fikir risiko Umno lebih besar kerana mereka belum bincang dengan MCA dan Gerakan.

“Sebaliknya DAP menolak atas dasar Perlembagaan tetapi tidak mencerca hudud. Kita akui ada perbezaan dalam PR kerana enakmen hudud wujud sebelum PR lagi tetapi kita saling hormat menghormati,” katanya.

Oleh itu beliau yakin polemik perlaksanaan hudud di Kelantan tidak akan menyebabkan mana-mana parti dalam PR keluar dari gabungan itu.

Katanya, melalui mesyuarat Majlis Setiausaha PR tiga hari lalu, semua pemimpin bersepakat untuk bersama mengurus isu tersebut.

“Kita putuskan tidak akan berpecah. Dalam mesyuarat tiga hari lepas kita bersetuju untuk memperkukuhkan PR, perbezaan pendapat mesti diuruskan. Jadi tak timbul isu PAS, PKR dan DAP bersendirian.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, mengakui tindakan DAP dan PKR menolak hudud kerana bimbang hilang sokongan pengundi, tetapi mereka juga perlu menerima hakikat rakyat Kelantan memberi mandat sehingga lima pilihan raya kepada Pas dan mahu hudud dilaksanakan.

Beliau berkata, sokongan penuh ahli Parlimen Umno dan empat ahli Parlimen daripada komponen BN cukup untuk meluluskan rang undang-undang persendirian yang dibawa, tetapi Pas masih perlukan sokongan PKR dan DAP.

Katanya, ahli Parlimen Islam dari PR boleh menyokong secara peribadi pembentangan rang undang-undang terbabit walaupun parti yang mereka wakili mempunyai pendirian berbeza.

“Bukan empat kerusi sahaja yang kita mahu. Kita perlukan semua sokongan PKR, DAP dari Umno. Apa yang penting komitmen wakil rakyat Islam. Mungkin rakan-rakan wakil rakyat DAP Islam mahu sokong. Itu hak ahli Parlimen. Bagi PAS kita mahu semua Muslim dan bukan Muslim. Semua ini untuk atasi jenayah,” katanya.

Tiada ulasan: