"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Ronaldo menangis selepas Jerman belasah Portugal 4 - 0

HARAKAHDAILY  
KUALA LUMPUR: Kekalahan Portugal kepada Jerman dengan jaringan 4 – 0 mengejutkan peminat Ronaldo.

Walaupun Portugal memiliki pemain terbaik dan termahal dunia, namun pasukan tidak dapat mengatasi taktikal pasukan Jerman yang kental bermain sebagai satu pasukan – berbeza dengan Portugal yang lebih bergantung kepada bakat individu.

Tidak cukup dengan kekalahan itu, Ronaldo turut dicemuh oleh bekas pemain Jerman era 80-an iaitu Mario Basler dalam twitternya. Bahkan, penonton yang ada di stadium juga sempat menyoraknya sekali-sekala.

Malah sebelum sepak mula, media Jerman, Bild telah melancarkan perang psikologi terhadap Ronaldo yang merujuk kepada tindakan dia memperaga tubuh kekarnya ketika perlawanan akhir Liga Juara-juara 2014.

Hakikatnya, kekalahan itu tidak wajar diletakkan atas bahu Ronaldo seorang. Hal ini kerana, bola sepak ialah permainan berkumpulan.

Tidak kira hebat mana sekali pun seseorang pemain itu, dia masih perlu bergantung kepada prestasi rakan sepasukan.

Oleh sebab itulah awal-awal lagi Ronaldo pernah menyatakan bahawa peluang Portugal untuk menjulang Piala Dunia agak tipis.

Jika sesesuatu pasukan itu dibarisi separuh pemain hebat, diadun taktikal yang tepat oleh jurulatih atau pengurus barulah sesuatu pasukan itu boleh menjulang trofi piala dunia.

Walau apapun, masih ada dua perlawanan yang akan menentukan sesuatu pasukan itu untuk layak ke pusingan kalah mati.

Tiada ulasan: