"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kecoh kerana Speaker tolak semua soalan Wan Azizah

SHAH ALAM: Tindakan speaker menolak semua soalan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menimbulkan kekecohan di kalangan Adun dan petugas media memandangkan beliau adalah Presiden PKR dan berpengalaman sebagai ahli Dewan Rakyat sebelum ini.

Speaker Hannah Yeoh menolak mentah 10 soalan yang dikemukakan oleh Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

Perkara ini berlaku berikutan Wan Azizah tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat DUN.

Perkara tersebut berlaku berikutan kesilapan teknikal kerana soalan yang dikemukakan tidak boleh melebihi 40 patah perkataan sedangkan semua soalan yang disediakan melebihi had yang dibenarkan oleh Pejabat DUN.

Wan Azizah turut menjadi Adun yang telah menghantar soalan paling banyak untuk dijawab oleh kerajaan negeri pada sidang DUN kali ini.
-fmt 

Tiada ulasan: