"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ini bekas guru mengaku rogol murid di tempat letak kereta sekolah

Anthony Criscuolo (kiri) mengaku merogol seorang murid di tempat letak kereta sekolah.
SEORANG bekas guru berhadapan dengan hukuman penjara 14 tahun selepas mengaku merogol seorang murid berusia 10 tahun di tempat letak kereta sekolah.

Pendakwa berkata, Anthony Criscuolo, 41, yang pernah menjadi seorang guru untuk gred lima di sebuah sekolah awam di New York membuat tipu helah terhadap keluarga mangsa dengan memberitahu mereka bahawa dia akan membawa murid berkenaan ke sebuah majlis anugerah sekolah.

Sebaliknya, lelaki berkenaan merogol murid tersebut di tempat letak kereta sekolah, lapor New York Daily News.

Beliau sebelum ini membeli beberapa hadiah untuk murid berkenaan termasuk sebuah iPod touch, dan menghantar emel tidak senonoh kepadanya.

Peguam daerah Bronx, Roberth Johnson berkata, Criscuolo bersetuju untuk membuat rayuan berhubung kesnya pada Jumaat.

Syarat-syarat perjanjian itu bermaksud beliau akan hilang lesen perguruannya, dan didaftarkan sebagai pesalah seks.

Beliau juga boleh dikenakan penjara selama 14 tahun apabila dia akan dijatuhkan hukuman pada bulan depan. - mirror.co.uk/mstar

Tiada ulasan: