"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau dah tertelan telefon bimbit inilah jadinya (Video)

PANGGILAN kecemasan yang diterima di Afrika Selatan ini luar biasa sekali apabila kecuaian seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit tersangkut dalam mulutnya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki cemas apabila dikatakan tertelan telefon bimbitnya jenis Blackberry hingga ia tersangkut di tekak lelaki itu.

Sebaik tiba di hospital, doktor yang mengendalikan kes itu tidak dapat menahan ketawa melihatkan keadaan lelaki itu sambil berusaha mengeluarkan telefon bimbit itu dari mulut lelaki berkenaan.

Rakaman video menunjukkan pesakit dari Klerksdorp itu terbaring sambil mulutnya terbuka dan dikelilingi paramedik untuk menyaksikan prosedur yang lain daripada lain itu, malah ada dalam kalangan petugas hospital itu yang merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit mereka.

Dapat didengar ketawa beberapa petugas hospital itu ketika forseps digunakan untuk menarik keluar telefon bimbit dari mulut pesakit itu.

Rakaman oleh Edwin Shingo yang menyaksikan prosedur unik pada 2012 itu menjadi viral hujung minggu lalu selepas video itu dikonsi pada laman LiveLeak.
-mstar-

Tiada ulasan: