"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inlah apa yang sebenarnya berlaku semasa Mesyuarat AJK PAS Pusat - catatan Dr Muhaimin

Dr Muhaimin

Presiden masuk ke bilik mesyuarat dan memberi salam. Tubuhnya agak susut tapi wajahnya ceria. Gaya langkahnya yg gagah seperti biasa tidak kelihatan. Kami berdiri memberi hormat. Beliau mengambil tempat. Ada yg dtg bersalaman. Aku memilih utk duduk shj. Sengaja beri peluang Presiden rehat. Presiden mengangkat kedua dua tangannya kepada kami sambil tersenyum. Kami membalasnya.

Tepat 10 pagi, Presiden memulakan mesyuarat dgn membaca surah al Fatihah. Hari itu, kehadiran AJK awal yg ramai tidak seperti biasa. Extra ordinary, kata Dr Maria sewaktu masuk ke bilik mesyuarat. Wajahnya ceria sbgmana wajah wajah kami yg menanti tarikh hari itu. Lebih seminggu menahan kegelisahan, kekesalan dan kemarahan yg terpaksa terbenam dalam hati sendiri. Mandi tak basah, makan hilang selera.

Jurufoto Harakah mengambil gambar kami sejurus mesy dibuka. Tak pernah sessi mesy AJK Pas Pusat ada acara ambil gambar. Macam mesyuarat terakhir. Seloroh Khalid Samad yg duduk selang satu dgn tempat aku duduk. Biasanya yg galak dgn hp, mereka berselfie shj. Mungkin mesy kali ini amat bersejarah. Aku duduk di bhgian tengah meja mesyuarat dan bersebelahan Mujahid dan Hanifa. Biasanya kami duduk di kawasan yg sama. Kedua-dua AJK Pas itu dilabelkan sebagai 'munafiq haraki' dan aku pula dianggap sebagai 'konservatif'.

Presiden meminta Setiausaha Agung Pas Pusat membentangkan laporan isu Selangor. Hampir sejam Cikgu Pha menerangkan satu persatu. Hampir kesemua fakta yg disebut telah kuketahui. Cuma hari ini, fakta itu disahkan. Tiada yg mencelah semasa Cikgu Pha bentangkan. Itulah kelebihan otai ini. Suara garaunya menguasai suasana. Susunan ayatnya teratur. Macam seorang guru menerangkan sesuatu pd anak muridnya. Aku hanya menaip satu persatu. Hanifa tegur, buat apa taip? Sejarah perlu ditulis. Bukan diingat dlm kepala. Aku cakap. Hanifa balas, sejarah ditulis oleh orang yg berkuasa. Aku malas nak berdebat dgn peguam. Payah nak menang. Aku diam, diapun diam.

Seusai Cikgu Pha menerangkan kronologi dlm menangani isu tersebut, Presiden meneruskan perbahasan dgn membawa hujah dua hadis tentang pemilihan kepimpinan harus berdasarkan merit. Hatiku berdebar jika Presiden bw hujah gender. Letihlah lepas ni, aku bisik dengan Mujahid. Ternyata otak nakal kami tersasar. Atas perkiraan siasah semasa dan syariah, Presiden mencdgkan WAWI sebagai calon pertama dan nama itu dicdgkan oleh PKR sendiri dan Azmin Ali sebgai calon kedua dan tanda tolak ansur PAS setelah umum mengetahui Sultan Selangor enggan memberi perkenan kpd WAWI.

Presiden bertanya pd pandangan ahli mesyuarat. Serentak kami bersetuju dgn menyatakan setuju. Ada yg angkat tangan tanda setuju dan ada yg ketuk meja menyokong. Tiada yg membantah. Bang Mat pun menambah bhw misi utama Pas adalah kukuhkan PR dgn membawa cadangan tersebut. Keputusan itu akan dibawa ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg ini.

Cukuplah.

Tiada ulasan: