"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes SD Bala: Saksi misteri dijangka muncul

Peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dijangka akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam dalam pendengaran yang akan turut melibatkan kemunculan seorang saksi misteri.

Saksi tersebut dijangka akan memberi kenyataan bersama peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P Balasubramaniam, Americk Sidhu.

Saksi misteri tersebut dispekulasikan sebagai peguam pertama yang diminta untuk menderaf pengakuan tersebut.

Pendengaran itu adalah berhubung tuduhan salahlaku dihadapi Cecil dan anaknya, Sunil dalam menderaf pengakuan berkanun kedua oleh Balasubramaniam.

Dalam dokumen tersebut, Balasubramaniam menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam dalam pengakuan berkanunnya yang pertama mendakwa Najib mengenai dan mempunyai hubungan dengan Altantuya.

Dua orang anggota Unit Tindakan Khas polis, Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang merupakan bekas penasihat Najib, dibebaskan.

Bagaimanapun, kedua-duia anggota polis tersebut dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lalu dan rayuan pihak pendakwaan masih berlarutan di Mahkamah Persekutuan.

Americk, yang membantu menderaf pengakuan berkanun Balasubramaniam yang pertama mendedahkan dalam mesyuarat agung Majlis Peguam pada tahun lalu bahawa Cecil mengaku menderaf SD kedua atas arahan Najib.

Ini menyebabkan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam menjalankan inkuiri bebas ke atas Cecil.

Keluarga Balasubramiam juga memfailkan saman RM1.9 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan menamakan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta dua orang adik Najib serta Cecil dalam saman tersebut.

Saman tersebut dikemukakan berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Americk.

Kesemua pihak yang disaman oleh balu Balasubramaniam itu mengemukakan permohonan untuk mengenepikan saman berkenaan.

Peguam kanan Bastian Vendargon dijangka akan mewakili Majlis Peguam dalam pendengaran ini. Beliau menggantikan peguam terdahulu, Lambert Rasaratnam.

Lembaga disiplim itu dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, serta 15 orang anggota lain.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: