"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konon nak kalahkan umno 56-0 cermin muka la woii..bergocoh sama sendiri

SHAH ALAM: Selepas beberapa minit diumumkan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad kini berhadapan tekanan daripada sebahagian besar ahli exco sayap PKR itu.
Dilihat tidak berpuas hati dengan kemenangan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu, sembilan exco AMK yang baharu diumumkan secara rasmi bertindak meninggalkan pentas utama Kongres AMK.

Kumpulan berkenaan langsung tidak mengendahkan arahan Pengerusi Tetap, Shuhaimi Shafiei supaya terus berada di atas pentas sebelum Nik Nazmi menyampaikan ucapan penangguhannya.

Tindakan mereka itu menerima reaksi negatif daripada perwakilan dan pemerhati yang kelihatan terpinga-pinga dengan situasi berkenaan.

Akibatnya, Nik Nazmi terpaksa meneruskan ucapan penangguhannya tanpa sokongan daripada sembilan exconya sendiri.

Difahamkan sembilan kumpulan berkenaan merupakan penyokong kem Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali yang diketuai seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari.
Pada pemilihan AMK, Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi.

Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi sementara Amirudin mendapat 4,259 undi.

Sementara itu jurucakap sembilan exco itu berkata, tindakan keluar dewan merupakan tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada Amirudin.

Mengulas lanjut beliau mendakwa wujud penipuan dalam pemilihan AMK di Cabang Pensiangan, Sabah.

"Sepatutnya pemilihan di sana dibatalkan, tetapi diterima semula kerana untuk memenangkan seseorang.

"Apa yang dibuat ini tanda penolakkan, protes terhadap kepimpinan Nik Nazmi kerana pasukan Amiruddin menguasai hampir 90 peratus AMK," katanya.
-mstar-

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Perangai ahli2 dan pemimpin2 PKR ini amat menjelikkan dan kurang ajar sungguh. Tidak petrnah mahu menerima keputusan ramai apabila mereka kalah.Perangai macam budak2 hingusan; marah dan merajuk bila kemahuan dan kehendak mereka tidak dipenuhi. Dengan sesama sendiri pun tunjuk kurang ajar; apa tah lagi dengan parti2 yang tidak mahu sekongkol dengan tabiat buruk mereka. Pas kena berhati2 dengan barisan pemimpin PKR yang baru ini.