"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah harga integriti yang dibayar - Khalid Ibrahim


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kepada rakyat kerana krisis pentadbiran Selangor.

Beliau berkata beliau kini membayar "harga" kerana menjadi seorang yang berintegriti.

Beliau mengulas demikian ketika dibelenggu kontroversi selepas dipecat PKR dua minggu lalu.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda.

"Saya mengambil keputusan menjadi ahli politik jadi saya kena hadapinya," kata beliau merujuk kehadiran lebih 20 media dalam majlis persidangan integriti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam hari ini.

"Inilah harga integriti," tambah beliau.

Dalam ucapan yang dihadiri kira-kira 100 penjawat PKNS itu, Khalid tidak merujuk kepada kes politik tetapi menyentuh keperluan untuk memegang amanah dengan integriti.

Beliau dalam ucapannya turut memetik hadis yang menyebut, bahawa kehancuran akan tiba apabila amanah tidak lagi dipegang teguh.

Khalid turut terus menutup mulut ketika diekori sekumpulan besar wartawan selepas seminggu ke setiap majlis sejak dipecat dari PKR dua minggu lalu.

Beliau bagaimanapun terus mendiamkan diri dan diiringi hampir 20 pasukan keselamatan yang menghalang wartawan bertanya menahan beliau.

Khalid sebelum ini dikenali sebagai mesra media hanya tersenyum tanpa sebarang kenyataan.

Beliau tampil dalam acara itu hari ini selepas membatalkan dua acara rasmi, iaitu pertemuan dengan penjawat awam negeri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor semalam.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: