Gajet keluaran syarikat Mota bantu pengguna asingkan pesanan dari tempat kerja, rakan-rakan dan juga keluarga tanpa perlu menggunakan jari anda.
NEW YORK: Sebuah syarikat berpengkalan di California tampil dengan teknologi terbaharu iaitu cincin pintar yang boleh bergetar dan memberitahu pengguna tentang panggilan telefon, pemberitahuan maklum balas pada Twitter dan Facebook.
Gajet keluaran syarikat Mota iaitu SmartRing akan membantu pengguna untuk mengasingkan pesanan dari tempat kerja, rakan-rakan dan juga keluarga tanpa perlu menggunakan jari anda.
Pengguna SmartRing boleh menerima pemberitahuan panggilan masuk, pesanan ringkas, kalendar dan email apabila dihubungkan dengan sistem operasi Android atau Iphone.
Menurut pengasas, Kevin Faro, buat masa ini, SmartRing hanya mempuyai akses kepada Facebook dan Twitter. Sekiranya mendapat sokongan mencukupi, cincin pintar ini akan menambah aplikasi lain seperti Instragram, Uber dan LinkedIn.
Cincin pintar ini juga kalis air dan mempunyai paparan yang boleh dilihat pada waktu siang dan boleh didapati dalam warna hitam atau putih.
Harga SmartRing yang dijangka diperkenalkan di Berlin pada minggu ini, masih belum ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan