HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh Umno Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula, tulis Tun Mahathir Mohamad.
Justeru, baginya, pemimpin-pemimpin Umno Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU12 dan PRU13 dan perlu berundur.
"Hari ini untuk mendapat calon Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika Umno Selangor sedia menerima ahli baru," tulis beliau dalam blognya bertajuk Umno Selangor Perlu Berubah.
Menurutnya, pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.
Oleh itu, ujar bekas Perdana Menteri itu, usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.
Baginya, penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.
Tambah beliau, ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran Umno termasuk dan bahagian lain.
"Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat Umno untuk agenda peribadi mereka," tulisnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan