"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sampul meragukan terjawab

Sampul meragukan tersebut merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing.
Sampul meragukan tersebut merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing. Sampul meragukan tersebut merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing.
SEREMBAN; Rasa sangsi seorang pemilik syarikat di Seremban 2, di sini menerima 14 sampul plastik perkhidmatan penghantaran cepat yang tidak beralamat terjawab apabila kandungan bungkusan itu merupakan i-Kad bagi pekerja warga asing.

Musykil dengan perkara itu, pemilik syarikat terbabit menemui Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan, David Chong Vee Hing untuk mengadu mengenai perkara itu.

Menurut David, beliau terpaksa membuka kesemua sampul plastik tersebut bagi mengenal pasti dokumen yang terdapat di dalamnya.

"Namun, saya terkejut apabila sampul berkenaan mengandungi sebanyak 27 i-Kad pekerja asing dari pelbagai sektor.

“Macam mana dokumen penting seperti ini dihantar menerusi pos kerana ia berisiko jika hilang,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Imigresen sepatutnya bertanggungjawab menyelia penyerahan i-Kad tersebut kepada majikan dan bukannya syarikat perkhidmatan terbabit.

"Ini bagi mengelakkan risiko hilang dan lebih berbahaya jika dokumen itu dijumpai sindiket tertentu yang berkemungkinan ia boleh dipalsukan serta disalah guna bagi mengaut keuntungan.

“Walaupun kad ini tidak boleh menggantikan dokumen pengenalan diri, tapi ia mungkin boleh dipalsukan untuk warga asing mendapat pas bekerja di negara ini.

Kalau jual di pasaran gelap, mereka boleh buat macam-macam dan ini yang kita bimbangkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

David berkata, lebih menghairankan bagaimana syarikat perkhidmatan penghantaran cepat terbabit menghantar dokumen itu tanpa perlu mendapatkan tandatangan penerima seperti kebiasaan.

Menurutnya, dia mengesyaki tindakan itu dilakukan pekerja syarikat perkhidmatan berkenaan, namun tidak mengetahui motifnya berbuat demikian.

“Saya akan menyerahkan semua dokumen kepada Jabatan Imigresen, Isnin ini (esok) untuk disiasat. Saya berharap perkara ini tidak lagi berlaku kerana ia boleh mengundang perkara tidak diingini,” katanya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: