"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak dinoda dalam surau

Ampang: Pistol diacukan ke kepala sebelum seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki dan lebih keji perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah surau di Ampang, di sini.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menceritakan kepada keluarganya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Ampang, kelmarin,

Menurut sumber, kanak-kanak itu datang ke surau berkenaan untuk bermain dengan rakannya kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu.

“Mereka kemudian ditahan seorang lelaki yang mengarahkan mangsa masuk ke dalam surau manakala rakannya disuruh menunggu di luar.

“Bagaimanapun sebaik masuk, suspek mengeluarkan senjata dipercayai pistol dan mengacukannya ke kepala kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sumber berkata, suspek mencium dan meraba tubuh mangsa sebelum memaksanya melakukan seks oral selama beberapa minit.

“Dia hanya berhenti selepas seorang orang ramai datang ke surau dan lelaki itu beredar dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian itu pulang ke rumah tetapi tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan: